Campus

Prof. Murad Merican bersama generasi muda teroka krisis ‘Makna Melayu’

KUALA LUMPUR, 5 Jun 2025: Mahasiswa sewajarnya mengenali sejarah untuk menghayati makna sebagai Melayu, justeru Pelajar Sarjana Muda Falsafah, Undang-undang dan Perniagaan (BPLB) Universiti Utara Malaysia (UUM) terlibat dalam perbincangan ‘Kegawatan Makna kala Dunia diterpa Modernisasi’ oleh Prof. Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican, ahli akademik ISTAC, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM).

Program perbincangan ini dianjurkan untuk mendedahkan mahasiswa BPLB mengenai falsafah dan makna di Alam Melayu.

Menurut perbincangan Prof, juga dahulu perangka silabus bidang falsafah akademik BPLB, mengatakan bahawa modernisme yang didominasi Barat tidak sejalan dengan pandangan alam Melayu-Islam.

“Akibat penjajahan kolonialisme nilai dan makna tempatan semakin luntur. Contoh nilai dan makna Melayu yang luntur seperti kanun klasik Melayu-Islam yang diganti dengan sistem Common Law akibat penjajahan British. 

“Meskipun perbincangan ilmiah ini di luar kampus, namun ini seiring dengan matlamat anjuran program,” katanya. 

Pengarah Rombongan BPLB ke ISTAC, Ilya Fazwani Maswan berkata, perbincangan ini sebagai jambatan antara teoritikal dan penghayatan nilai tempatan.

Menurutnya, perbincangan ini penting sebagai penghargaan kita kepada falsafah Melayu kerana pepatah mengatakan biar mati anak jangan mati adat.

Perbincangan ini menarik minat pelajar BPLB terhadap perbincangan yang lebih membumi pada nilai tempatan.

Peserta, Ain Humaira Sallehudin menzahirkan rasa kagum dengan ketinggian ilmu pengetahuan Prof. Murad yang kritis terhadap makna tempatan.

“Saya kagum dan semakin memahami makna Melayu tempatan yang semakin sirna oleh pengaruh hegemoni Barat,” katanya.

Perbincangan diakhiri dengan pengambilan gambar beramai-ramai di pintu utama ISTAC, IIUM. – Mohammad Al Fadzrin.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button