CampusGeneral

Pusat Islam UUM sertai kursus asas kefatwaan Negeri Kedah 2025

Berita dan gambar oleh Nor Azlinah Zaini

ALOR SETAR, 14 Julai 2025: Pusat Islam Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengambil bahagian dalam Kursus Asas Kefatwaan Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2025 yang berlangsung di Dewan Masjid Hasanah, Mergong. Kursus ini merupakan inisiatif anjuran Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman dalam usaha memperkasa kefahaman berkenaan fatwa dan kaedah pengeluarannya dalam konteks semasa.

Pusat Islam UUM disertai empat pegawai iaitu Ustazah Madihah Mohamed Ibrahim, Ustazah Nor Azlinah Zaini, Ustaz Syahril Fazli Md Husain dan Ustaz Aus Korni Yahaya. Antara pengisian utama kursus ini termasuk memahami Fatwa: Aplikasi dari Aspek Tuntutan Syariat, Kaedah Istinbat Hukum vs Manhaj Kefatwaan dalam Konteks Semasa, serta Prosedur Pengeluaran Fatwa dan Implikasi Aspek Perundangan.

 

Pengarah Pusat Islam, Mohd Yusnaidi Md Sabri berkata, penyertaan Pusat Islam UUM dalam program ini mencerminkan komitmen berterusan institusi dalam meningkatkan kompetensi dan kefahaman pegawai terhadap disiplin kefatwaan, selari dengan keperluan semasa dan cabaran masyarakat moden.

Pusat Islam UUM berharap agar ilmu dan pendedahan yang diperoleh menerusi kursus ini dapat dimanfaatkan dalam pengurusan hal ehwal syariah di kampus serta menyumbang kepada pembangunan kefahaman Islam yang lebih tepat, berautoriti dan menyeluruh di peringkat universiti dan komuniti sekitarnya.

 

Program yang menghimpunkan para pegawai agama dan institusi Islam seluruh negeri ini dan turut dihadiri daripada institusi pengajian tinggi. Program ini diakhiri dengan majlis perasmian penutup oleh Sohibus Samahah Dato’ Paduka (Dr.) Syeikh Fadzil bin Haji Awang, Mufti Negeri Kedah Darul Aman.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button