Campus

RTD INASIS Proton Perkukuh Sinergi Akademik UUM-UMY

SINTOK, 24 Februari 2025 – Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui INASIS Proton, dengan kerjasama Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM), UUM  menganjurkan Round Table Discussion (RTD).

Program ini sebahagian daripada INASIS Proton International Inbound Mobility: Sinergi Kelestarian Tiga Universiti (SKTU) untuk mengukuhkan hubungan akademik antara UUM dan Universitas Muhammadiyah Yogyakarta (UMY), Indonesia, dengan menumpukan kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dalam keusahawanan, teknologi, dan pembangunan sosial.

Bertemakan “Wacana Lestari, Inspirasi untuk Masa Depan”, RTD ini berfungsi sebagai wahana strategik dalam memperkasakan pertukaran idea dan pemikiran kritis mahasiswa kedua-dua institusi.

Diskusi ini memberi tumpuan kepada keusahawanan lestari, transformasi digital, serta peranan teknologi dalam membangunkan ekosistem perniagaan dan masyarakat yang lebih inklusif.

Pengetua INASIS Proton, Dr. Mohd Abidzar bin Zainol Abidin berkata, program ini membuka ruang wacana akademik yang berteraskan data dan kajian empirik, sekali gus membentuk pemimpin masa depan yang berdaya saing, berpikiran strategik, mempunyai kepekaan terhadap kelestarian ekonomi dan sosial.

“Mahasiswa perlu memiliki bukan sahaja kemahiran akademik, tetapi juga kebolehan menilai isu global dengan pendekatan holistik dan berimpak tinggi,” ujarnya.

RTD ini turut mendapat sokongan penuh daripada pensyarah yang bertindak sebagai fasilitator, memastikan perbincangan berasaskan fakta dan penyelesaian inovatif yang mampu diadaptasi dalam dunia sebenar.

Kejayaan program ini menjadi cetusan kepada inisiatif lebih besar dalam memperkukuh kerjasama akademik antarabangsa serta menyokong aspirasi UUM sebagai peneraju pendidikan berimpak global.

Dengan momentum ini, INASIS Proton dan SBM UUM komited untuk terus memperluaskan inisiatif akademik berkualiti tinggi yang berorientasikan pengurusan, inovasi, teknologi, dan pembangunan mampan, sejajar dengan agenda global.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button