SBM terima kunjungan hormat FBM, UiTM
Berita dan gambar Azam Arni Mohd Noor
SINTOK, 4 Januari 2026: Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Fakulti Pengurusan Perniagaan (FBM), Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Delegasi FBM UiTM yang diketuai Dekannya, Prof. Ts. Dr. Shafinar Ismail telah disambut mesra oleh pihak pengurusan dan warga SBM UUM sebelum sesi perbincangan rasmi diadakan.

Dekan SBM, Prof. Madya Dr. Shuhymee Ahmad berkata, kunjungan ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan strategik antara kedua-dua institusi, khususnya dalam bidang akademik, penyelidikan, pembangunan kurikulum serta penerokaan peluang kolaborasi masa hadapan yang bersifat saling menguntungkan.
Perbincangan tertumpu kepada perkongsian amalan terbaik dalam pengurusan akademik, pelaksanaan program keusahawanan serta inisiatif penyelidikan bersama.
Pihak SBM UUM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada delegasi FBM UiTM atas kesudian mengadakan kunjungan ini dan berharap agar hubungan strategik yang terjalin dapat diperkukuhkan melalui pelbagai inisiatif kolaboratif pada masa akan datang.



