Campus

Sesi perkongsian bersama Prof. Suhaidi mengupas isu barakah

Gambar Muhamad Syamsul Akmal Mohd Nasir 

SINTOK, 11 Mac 2025: Sempena Majlis Apresiasi IBS yang diadakan pada 27 Februari lalu, pihak pengurusan Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) turut menjemput  Prof. Ts. Dr. Suhaidi Hassan dari Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) untuk sesi perkongsian bersama warga IBS.

Beliau mengetengahkan topik khas bertajuk “Redefining Academic Success: Embracing Barakah Over Hustle- Finding fulfilment in academia through the Barakah methodology”.  

Dr. Suhaidi berkata, pekerjaan seharian lebih bermakna jika ia melibatkan unsur barakah.

“Jika kita menerapkan unsur barakah dalam setiap pekerjaan iaitu kejujuran, keikhlasan, dan kebergantungan kepada Allah dan mengamalkan nilai kerja yang seimbang (work-life balance) maka hasil yang diperolehi lebih bermakna dan meninggalkan impak yang berterusan.

“Barakah ialah fokus kepada kualiti kerja yang baik, bukan hanya tertumpu kepada kuantiti semata-mata. Pekerjaan yang dilakukan dengan barakah akan memperoleh rezeki yang diberkati, walaupun sedikit, tetapi ia cukup dan memberi ketenangan, kebahagiaan dan kesejahteraan dalam hidup,” katanya.

Masa yang dimanfaatkan dengan baik tanpa keletihan melampau berbanding kerja keras menggunakan kudrat semata-mata yang akan memberikan kejayaan material yang lebih cepat dan besar, tetapi sering disertai tekanan tinggi. Akibatnya, individu boleh mengalami burnout dan hilang fokus terhadap nilai hidup. 

Beliau memberi pesanan juga supaya tidak terlalu mengejar kuantiti dalam penerbitan dan penyelidikan tetapi fokus kepada kualiti dan impak dari pekerjaan tersebut serta mengelakkan diri dari terlibat dengan plagiarism dan tidak berkrompomi dengan soal integriti. 

Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi IBS, Prof. Madya Dr. Norazlina Abd Wahab berkata, warga IBS amat bertuah kerana berpeluang mendengar sesi perkongsian yang bermakna dari Prof. Ts. Dr. Suhaidi Hassan yang mempunyai banyak pengalaman sebagai ahli akademik yang disegani.

Semoga dengan sesi perkongsian yang diberikan akan memberi motivasi dan semangat kepada warga IBS untuk terus bekerja dengan lebih amanah dan tanggungjawab. – Siti Rasyidah Hassan 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button