Campus

Silaturahim STML dirai penuh meriah

SINTOK, 23 April 2025: Majlis Silaturahim sempena Syawal 1446H serta doa selamat kepada warga STML yang menerima panggilan menunaikan ibadah haji bagi tahun 1446H/2025 telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan harmoni di Intelligence Idea Room, STML.

Majlis tahunan ini dianjurkan bagi memperkukuh ikatan ukhuwah dalam kalangan warga kerja STML, selain meraikan kegembiraan bersama beberapa staf yang bakal menjadi ‘duyufurrahman’ pada tahun ini.

Majlis yang bermula pada jam 12.00 tengah hari itu menghimpunkan semua staf akademik dan pentadbiran dalam suasana penuh mesra dan kekeluargaan.

Turut memeriahkan majlis ialah beberapa orang staf pesara yang sentiasa memberi sokongan padu kepada pusat pengajian walaupun telah bersara daripada perkhidmatan.

Dekan STML, Prof. Madya Dr. Mohamed Najib   Salleh berkata, majlis seumpama ini terus menjadi platform penting dalam memupuk semangat kebersamaan dan kekitaan dalam kalangan warga STML.

“Majlis ini bukan sahaja menjadi wadah untuk mengeratkan silaturahim, tetapi juga sebagai tanda penghargaan dan doa kita bersama buat rakan-rakan yang akan menunaikan ibadah haji.

“Semoga mereka memperoleh haji yang mabrur serta kembali dengan selamat dan diberkati,” ujarnya.

Beliau turut menzahirkan rasa gembira atas kehadiran semua staf dan pesara, yang membuktikan kekuatan semangat kekeluargaan di STML.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button