Campus

SMMTC rai staf cemerlang 2024

Berita dan gambar Muhamad Ikram Muhamad Najib

SINTOK, 22 Disember 2025: Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan SMMTC pada 16 Disember lalu di Bilik Mesyuarat Utama, SMMTC.

Dekan, Prof. Madya Dr. Mohd. Khairie Ahmad berkata, tujuan majlis ini adalah bagi menghargai sumbangan dan pencapaian berdasarkan penilaian staf bagi tahun 2024.

Majlis ini meraikan 10 penerima anugerah dalam kalangan staf akademik dan pentadbiran.

Pensyarah Program Multimedia, Dr. Nur Sauri Yahaya yang menerima dua anugerah kecemerlangan berkata, dia berharap agar dapat memohon Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) pada masa akan datang dalam meningkatkan pencapaian penyelidikan SMMTC.

Antara anugerah yang disampaikan ialah Anugerah Penerbitan Berimpak Tinggi,  Anugerah Penerbitan Jurnal Tidak Berimpak, Anugerah Penyelidikan (kategori non S&T), Anugerah Penyelidikan (Kategori S&T), Anugerah Buku Karya Asli, Anugerah Lain-lain Penerbitan, Anugerah Penglibatan Komuniti, Anugerah Jaringan Industri Terbaik, Anugerah Staf Pentadbiran Terbaik dan Anugerah Gaya Hidup Sihat.

Turut diadakan program rewang melibatkan aktiviti memasak yang dikendalikan oleh Kelab Kebajikan SMMTC dalam mengeratkan ukhwah sebelum Majlis Anugerah Kecemerlangan SMMTC diadakan pada sebelah petang.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button