Solat Hajat untuk Global Sumud Flotilla di Masjid Sultan Badlishah UUM
Gambar oleh Hazwan Hasni
SINTOK, 2 Oktober 2025: Pusat Islam Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan Solat Hajat Perdana di Masjid Sultan Badlishah sebagai tanda solidariti dan doa buat misi Global Sumud Flotilla yang sedang berlayar membawa bantuan kemanusiaan ke Palestin.
Program yang diadakan selepas solat Zuhur itu disertai oleh warga UUM termasuk staf, pelajar serta masyarakat setempat. Solat Hajat dipimpin oleh Ustaz Mohd. Jazlan Aidil bin Mat Jamil, imam Masjid diikuti bacaan doa khusus memohon keselamatan dan kejayaan buat para sukarelawan flotilla.
Hj. Mohd Yusnaidi Md. Sabri, Pengarah Pusat Islam menegaskan bahawa doa merupakan kekuatan utama umat Islam dalam mendepani cabaran. Beliau mengajak seluruh warga kampus untuk terus berdoa, menyokong serta menyebarkan kesedaran mengenai perjuangan rakyat Palestin.
Firman Allah SWT:
“Dan mintalah pertolongan dengan sabar dan solat; dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” (Al-Baqarah: 45)
Program ini mencerminkan keprihatinan warga UUM terhadap isu kemanusiaan global dan menunjukkan bahawa doa serta solidariti umat Islam mampu menjadi kekuatan moral buat mereka yang sedang berjuang.
Marilah kita bersatu hati menadah doa, moga Allah SWT memberi kekuatan, kemenangan dan keselamatan kepada saudara-saudara kita.
“Doa kita, kekuatan mereka.” – Muhammad Syazwan Menon