Taklimat SST perjelas pelaksanaan dan peluasan skop perkhidmatan di UUM
Gambar oleh: Shamsaimi Ezil
SINTOK, 11 Ogos 2025: Universiti Utara Malaysia (UUM) menganjurkan taklimat cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bagi memberikan pemahaman yang jelas mengenai pelaksanaan dan peluasan skop SST, sekali gus memastikan ia dapat dilaksanakan dengan lancar.
Bursar UUM, Abdul Roni Baharom, dalam ucapan aluan berkata, pemahaman tepat amat penting bagi memudahkan operasi serta memastikan kepatuhan kepada arahan kerajaan.
“Tujuan taklimat ini adalah untuk memberikan pemahaman jelas mengenai maksud pelaksanaan dan peluasan skop SST supaya ia dapat dilaksanakan dengan lancar oleh semua pihak. Pemahaman yang betul memudahkan operasi dan memastikan kepatuhan kepada arahan kerajaan,” katanya.
Taklimat sehari yang dihadiri 105 peserta itu meliputi enam jenis perkhidmatan iaitu perkhidmatan penginapan, perkhidmatan makanan dan minuman, perkhidmatan pendidikan, perkhidmatan sewaan atau pajakan, perkhidmatan kesihatan, dan perkhidmatan lain yang berkaitan.
Selain itu, taklimat turut menghuraikan kadar cukai baharu, keperluan pendaftaran perniagaan, tatacara pelaporan, serta tempoh peralihan sehingga 31 Disember 2025 yang diberikan kerajaan bagi membolehkan pihak terlibat menyesuaikan operasi mereka tanpa penalti.
Penolong Kanan Pengarah Kastam I, Encik Badrol bin Ghazali, berkata pemahaman yang jelas mengenai SST amat penting supaya semua pihak memahami keperluan dan peraturan di bawah Cukai Jualan dan Perkhidmatan, termasuk kadar cukai, pendaftaran perniagaan, dan tatacara pelaporan.
Katanya, tempoh peralihan yang diberi membolehkan organisasi menyesuaikan sistem dan proses sebelum pelaksanaan penuh.
Antara penceramah daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kedah yang hadir ialah Penolong Kanan Pengarah Kastam II, Puan Norashikin Ali Madan; Penolong Kanan Pengarah Kastam II dan Penolong-penolong Pengarah Kastam, Puan Azirah Ahmad, Puan Siti Hajar Mohamad, Puan Aimy Imra Shabani, Encik Mohamad Tarmizi Mohamed Idris dan Penguasa Kastam, Encik Md Shahrul Shafiq Mohd Ali Basha,.
Taklimat ini memberi pelbagai manfaat kepada peserta, antaranya meningkatkan pengetahuan tentang konsep, kadar cukai dan prosedur pelaksanaan SST; memastikan kepatuhan terhadap peraturan; mengurangkan kesilapan operasi