Campus

Terokai masa depan IoT: Pelajar UUM kongsi tren global dan projek inovatif di Fakulti Sains dan Teknologi RUTS

Gambar oleh Nurhaziqah Binti Hanapi

NAKHON SI THAMMARAT, THAILAND, 21 Ogos 2025: Fakulti Sains dan Teknologi, Rajamangala University of Technology Srivijaya (RUTS) menjadi medan ilmu apabila INASIS Luar Kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) menganjurkan sesi perkongsian bertajuk “Emerging Global Trends in IoT (Internet of Things)” dengan penyertaan dua pelajar UUM.

Sesi yang dihadiri oleh 50 pelajar Sarjana Muda Program Teknologi Maklumat dari RUTS dan UUM itu memberi pendedahan berharga mengenai perkembangan serta aplikasi IoT dalam dunia semasa.

Pelajar PhD Teknologi Maklumat UUM, Laura Lim Sie Yi, membentangkan tren global terkini dalam teknologi IoT yang meliputi aplikasi dalam Industri 4.0, bandar pintar dan penjagaan kesihatan, selain menekankan cabaran keselamatan serta isu etika penggunaan teknologi tersebut.

Sementara itu, Nursyasya Aina Abdul Hamid, pelajar semester enam Sarjana Muda Sains Komputer UUM, berkongsi projek inovatifnya iaitu sistem pemantauan suhu dan kelembapan berasaskan sensor yang boleh diakses secara masa nyata melalui peranti mudah alih.

Menurut peserta, sesi tersebut bukan sahaja memberikan ilmu baharu mengenai IoT, malah turut menyuntik inspirasi untuk meneroka aplikasi teknologi berkenaan dalam bidang pengajian dan projek masa depan mereka.

Program anjuran INASIS Luar Kampus ini mendapat sambutan hangat daripada pelajar dan pensyarah fakulti, sekali gus mengukuhkan kolaborasi akademik antara RUTS dan UUM dalam memperluas pengetahuan serta penyelidikan IoT di peringkat serantau. – Nurhaziqah Binti Hanapi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button