Campus

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) tinjau infrastruktur SOE

Gambar Pusat Pengajian Pendidikan

SINTOK, 14 Januari 2026: Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Ram Al Jaffri Saad bersama Pengarah Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Infrastruktur (JPPI), Ir. Hamdan Noh bersama pasukannya, UUM Information Technology (UUMIT) dan Jabatan Hal Ehwal Pembangunan, Penyelidikan dan Inovasi (JHEPPI) telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pengajian Pendidikan (SOE) bagi meninjau secara dekat keadaan infrastruktur serta kemudahan sedia ada di pusat pengajian.

Dalam sesi lawatan tersebut, Dr. Ram dibawa melihat beberapa fasiliti utama termasuk bilik kuliah Pengajaran Mikro, kemudahan sokongan akademik serta ruang pembelajaran yang digunakan oleh pelajar dan pensyarah. Penilaian ini penting bagi memastikan kemudahan yang disediakan sentiasa relevan dan menyokong keperluan pengajaran dan pembelajaran.

Dekan SOE, Prof. Madya Dr. Mohamad Khairi Othman berkata, lawatan ini menjadi platform perbincangan berhubung cadangan penyediaan Bilik Kaunseling Individu serta penambahbaikan Bilik Kaunseling Kelompok, selaras dengan usaha mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif, sejahtera dan berimpak tinggi kepada warga SOE.

Menruutnya, selain itu, lawatan kerja ini mencerminkan komitmen dan keprihatinan pihak pengurusan universiti terhadap kebajikan warga SOE, khususnya dalam aspek penyediaan infrastruktur dan kemudahan pembelajaran.

“Lawatan ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada pelaksanaan penambahbaikan yang dirancang demi meningkatkan kualiti persekitaran pembelajaran dan perkhidmatan di Pusat Pengajian Pendidikan,” katanya.

Beliau merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Pengarah JPPI dan pasukan atas kesudian meluangkan masa meninjau keadaan sebenar fasiliti di pusat pengajian. – Hasliza Shafie

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button