Campus

TNC (P&I) tinjau kemudahan di PACE

Gambar PACE UUM

SINTOK, 11 November 2025: Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Utara Malaysia, Prof. Dr. Ram Al Jaffri Saad, telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE) bagi meninjau kemudahan serta infrastruktur yang disediakan.

Lawatan ini merangkumi tinjauan ke bilik operasi PACE serta fasiliti sokongan lain yang terdapat di bangunan tersebut.

Dalam ucapan ringkasnya, Dr. Ram Al Jaffri menegaskan bahawa infrastruktur dan kemudahan yang dimiliki oleh PACE amat penting untuk menyokong misi universiti.

“Kemudahan yang selamat dan kondusif adalah asas kepada kelancaran operasi dan peranan sesuatu jabatan. kecemerlangan akademik.

“PACE bukan sekadar pusat pendidikan profesional, tetapi juga platform strategik untuk menghubungkan penyelidikan, inovasi dan industri,” katanya.

Sementara itu, Pengarah PACE, Prof. Madya Dr. Herman Shah Anuar turut menyampaikan taklimat ringkas mengenai fungsi, serta hala tuju strategik di PACE.

“Terima kasih atas keprihatinan Dr. Ram Al JAffri sudi mengadakan lawatan kerja bersama ketua-ketua Unit Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Infrastruktur UUM sebagai usaha menyediakan persekitaran tempat kerja yang teratur, selamat dan kondusif selaras dengan amalan Eksa.

“PACE merakamkan ucapan terima kasih dan komited sentiasa bekerja keras sebagai satu pasukan dalam memastikan untuk menjadi pusat pembelajaran luar kampus yang terbaik serta diiktiraf di Malaysia,” katanya.

PACE hanya mempunyai lima staf dan beroperasi di satu bilik sebagai ruang pejabat di mana bilik tersebut dahulunya adalah stor penyimpanan barang, kini disusun kembali bagi membolehkan urusan harian berjalan dengan baik.

Lawatan ini juga bertujuan menilai segala kemudahan dan mewujudkan tempat kerja yang selesa, selamat serta konduksif dan paling penting kerja dilaksana dengan efektif, sekali gus menjadi pusat pembelajaran pilihan masyarakat melanjutkan pengajian secara separuh masa sama ada peringkat sarjana muda atau sarjana. – Mohd Fairus Abd Majid

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button