Campus

Universiti awam dan swasta bergabung dalam AGM MyQAN 2025

Gambar Prof. Dr. Mohd Haniff Jedin

SINTOK, 2 Oktober 2025: Pengarah Pusat Pengurusan Kualiti dan Akreditasi (PPQA), Prof. Dr. Mohd Haniff Jedin, selaku Presiden Malaysian Higher Education Institutions Quality Assurance Networik (MyQAN) telah mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan MyQAN pada 30 September lalu secara atas talian (Microsoft Teams).

Mesyuarat Agung Tahunan MyQAN 2025 itu telah disertai oleh 45 institusi pengajian tinggi awam dan swasta Malaysia.

Dr. Mohd Haniff berkata, antara isu yang diusulkan adalah pembentangan perlembagaan baru MyQAN dan penetapan yuran keahlian tahunan bagi semua universiti-universiti di Malaysia.

Menurutnya, MyQAN juga akan menandatangani MoU bersama AUN-QA pada November nanti di Universiti Malaya.

“Kolaborasi ini amat penting bagi memperkukuh pelaksanaan aktiviti bersama universiti di peringkat ASEAN,” katanya.

Beliau turut dijemput sebagai panel pembentang sempena AUN-QA International Conference 2025 pada November nanti untuk berkongsi mengenai quality assurance universiti-universiti di Malaysia.

Turut hadir mesyuarat adalah Timbalan Presiden MyQAN (Universiti Teknologi Petronas), Jamaluddin Ibrahim; Bendahari MyQAN (Universiti Tenaga Nasional), Prof. Madya Dr. Ungku Anisa Ungku Amiruddin; Setiausaha 1 (Universiti Tunku Abdul Rahman), Prof. Ir. Dr. Rajkumar Durairaj, dan Naziatul Ilyana Alias wakil daripada Malaysian Qualifications Agency (MQA). – Norhayati Mat Nayan

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button