Campus

UUM dan INTAN setuju jalin kerjasama atas tiga agenda utama

Gambar Mohd Fuad Hamid

SINTOK, 14 Januari 2026: Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima kunjungan hormat delegasi Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) yang diketuai Pengarahnya, Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff di Bilik Mesyuarat Naib Canselor pada Isnin lalu.

Delegasi INTAN telah disambut oleh Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed dalam satu pertemuan yang bertujuan memperkukuhkan hubungan strategik serta meneroka peluang kerjasama baharu dalam pembangunan modal insan, khususnya dalam sektor perkhidmatan awam.

Dr. Ahmad Martadha berkata, perbincangan dua hala ini memberi tumpuan kepada tiga agenda utama iaitu pemerkasaan Program DPA di mana peluang meneroka potensi artikulasi dan pemindahan kredit Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) ke peringkat Sarjana di UUM, sejajar dengan komitmen universiti dalam menyediakan laluan akademik yang fleksibel dan relevan.

Kedua, inisiatif APEL.Q di mana kedua pihak berbincang tentang pengiktirafan pembelajaran berasaskan pengalaman kerja (APEL.Q) bagi penjawat awam, sebagai usaha memperluas akses pendidikan tinggi kepada golongan profesional berpengalaman.

Ketiga, kerjasama strategik melalui penganjuran program-program ilmiah dan latihan secara kolaboratif antara UUM dan INTAN bagi memperkasa kompetensi kepimpinan serta tadbir urus sektor awam.

UUM amat mengalu-alukan kunjungan ini dan yakin kerjasama strategik bersama INTAN akan terus memperkukuh peranan universiti sebagai institusi rujukan dalam pembangunan kepimpinan dan pengurusan awam negara. – Kori Ariff

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button