Campus

UUM dapat pentauliahan baharu bagi penawaran Sijil Kemahiran Malaysia di UUM

Gambar oleh: Muhammad Shamsul Shafie 

SINTOK, 17 Februari 2025:  Majlis Penyerahan Sijil Pentauliahan Pusat Pengajian dan Pentauliahan Pengajar Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 2025 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Naib Canselor, pagi tadi.

Majlis dimulakan dengan Penyampaian cek cura berjumlah RM640,000 kepada Dekan IBS, Prof Madya Dr. Selamah Maamor. Untuk rekod, IBS telah mendapat dana latihan berjumlah RM640,000 bermula dari Oktober 2022 sehingga Mei 2025 yang melibatkan 4 kohort.

Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan turut menyampaikan Sijil Pentauliahan Pusat Pengajian bagi penawaran program SKM baharu kepada Dekan IBS, Prof Madya Dr. Selamah Maamor diikuti dengan Dekan TISSA UUM, Prof. Dr. Ram Al Jaffri Saad dan Dekan SCIMPA, Prof Madya Ts Dr Adzrool Idzwan Ismail.

Dr. Mohd Foad turut menyampikan sijil pentauliahan kepada Pensyarah UUM yang telah mendapat pentauliahan sebagai Pengajar SKM melalui kaedah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang tediri daripada Pensyarah TISSA UUM, Prof Madya Dr Hazeline Ayoup, Prof Madya Dr. Wan Norhayati Wan Ahmad, Prof Madya Dr Natrah Saad dan Prof Madya Dr. Saliza Abdul Aziz, manakala Dr. Mohd Fitri Yusoff, dari Pusat Pengajian  Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA).

Tujuh program baharu yang akan ditawarkan ialah Program Bimbingan Umrah dan Mutawwif Tahap 3, Pengoperasian Masjid Tahap 1, Penyelarasan Operasi Masjid Tahap 2 dan Penyeliaan Operasi Masjid Tahap 3 dari IBS, Program Pembantu Percukaian Tahap 3 dan Pembantu Audit Dalaman Tahap 3 dari TISSA serta Program Produksi Audio Tahap 2 dari SCIMPA. Selain itu, IBS juga telah mendapat kelulusan Pembaharuan penawaran Program Penyeliaan Operasi Halal Tahap 3 bermula Januari 2025 sehingga Januari 2027.

Sesi Audit Pentauliahan Penawaran Program Baharu SKM Tahun 2025 telah diadakan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Tujuh program baharu dan satu program pentauliahan semula telah diberi pengiktirafan melalui Pusat Bertauliah SLDN UUM (PB SLDN UUM).

PB SLDN UUM telah memulakan operasinya pada tahun 2021 di IBS, yang telah diterajui oleh Dr. Muhamad Fikri Aziz sebagai Pengurus PB SLDN UUM dan seterusnya diletakkan di bawah Pejabat Penolong Naib Canselor UUM COB pada tahun 2024.

Menurut beliau, terdapat beberapa program lagi yang berpotensi untuk ditawarkan pada masa akan datang yang boleh melibatkan semua staf di UUM serta komuniti setempat. Beliau juga menyatakan bahawa dengan penawaran Program SKM ini ia dapat membantu pihak industri dengan melahirkan lebih ramai tenaga mahir yang kompeten.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button