Campus

UUM terima zakat RM15,000 daripada PayNet untuk pelajar

Gambar SQS

SINTOK, 7 Januari 2025: Universiti Utara Malaysia (UUM) hari ini menerima sumbangan zakat berjumlah RM15,000 daripada Payment Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet) untuk diagihkan kepada pelajar yang memerlukan dan berkelayakan.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengarah Kanan, Bahagian Pendigitalan Kerajaan PayNet, Firdaus Ghani kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed di Dewan Seminar Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS).

Dr. Ahmad Martadha mengucapkan terima kasih kepada PayNet atas sumbangan tersebut yang akan dimanfaatkan sebaiknya bagi kegunaan pelajar UUM.

Beliau berharap kerjasama antara UUM dan PayNet akan berterusan dari semasa ke semasa bukan sahaja termasuk dari aspek kebajikan pelajar.

Terdahulu, Firdaus telah dijemput sebagai penceramah pada The 5th Young Researchers’ Quantitative Symposium 2025 anjuran SQS.

Turut hadir pada majlis itu adalah Dekan SQS, Prof. Dr. Haslinda Ibrahim dan barisan pengurusan SQS. – SSSD

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button