Kunjungan CAPEU ke SOE UUM perkukuh jaringan kerjasama pendidikan
Berita dan gambar oleh Dr. Norasyikin Mohaiyuddin
SINTOK, 16 Mac 2025: Pusat Pengajian Pendidikan (School of Education, SoE), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima kunjungan daripada The Consortium of Asia-Pacific Education Universities (CAPEU) yang diketuai oleh Executive Director CAPEU, Mr. Sasigaran Moneyam, bagi mengadakan perbincangan berkaitan peluang kerjasama strategik dalam bidang pendidikan dan penyelidikan.

Kunjungan tersebut bertujuan membincangkan beberapa agenda penting CAPEU, khususnya berkaitan perancangan aktiviti konsortium bagi tahun 2026, termasuk potensi kolaborasi penyelidikan, penganjuran program akademik, serta penglibatan universiti ahli dalam pelbagai inisiatif pendidikan di peringkat antarabangsa.
CAPEU merupakan sebuah konsortium yang menghimpunkan universiti-universiti pendidikan di rantau Asia Pasifik yang ditubuhkan pada tahun 2013.
Konsortium ini menyediakan platform kepada universiti ahli untuk memperkukuh jaringan pendidikan antarabangsa, meningkatkan kerjasama akademik dan penyelidikan, serta mempromosikan pembangunan pendidikan di peringkat global.

Antara aktiviti utama yang dianjurkan di bawah CAPEU termasuk persidangan antarabangsa, seminar akademik, penerbitan ilmiah, program sangkutan profesional (professional attachment), serta khidmat komuniti bersama antara universiti ahli.
Sesi perbincangan tersebut dipengerusikan Dekan Pusat Pengajian Pendidikan, Prof. Madya Dr. Mohamad Khairi Haji Othman.
Dalam pertemuan itu, wakil CAPEU turut berkongsi perkembangan terkini konsortium serta membincangkan beberapa agenda utama, termasuk perancangan aktiviti CAPEU bagi tahun 2026, peluang keahlian CAPEU secara individu, penyertaan universiti baharu dalam konsortium, serta potensi pelbagai bentuk kerjasama akademik dan penyelidikan antara universiti yang menjadi ahli di bawah rangkaian CAPEU.

Kunjungan ini membuka ruang kepada pertukaran idea dan perkongsian kepakaran dalam bidang pendidikan, di samping memperkukuhkan jaringan kerjasama antarabangsa antara institusi pendidikan tinggi.
Pihak SoE menyambut baik inisiatif ini dan berharap kerjasama yang terjalin melalui CAPEU dapat memperluaskan peluang dalam bidang penyelidikan bersama, penerbitan ilmiah, mobiliti akademik, serta pembangunan pendidikan pada



