Education

MEC SBM timba ilmu tentang industri F&B ZUS Coffee

Berita dan gambar Dr. Hafinas Halid

KUALA LUMPUR, 5 Jun 2025: Kelab Pengurusan Eksekutif (MEC), Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) telah menganjurkan Program “Behind The Brew: ZUS Coffee Industry Experience” yang berlangsung selama dua hari pada 29 dan 30 Mei lalu.

Pensyarah kanan, Dr. Hafinas Halid berkata, program ini disertai oleh 38 peserta bersama dua pegawai pengiring untuk menyelami industri makanan dan minuman (F&B).

Pada hari pertama, menerusi lawatan ke Zuspresso (M) Sendirian Berhad, peserta didedahkan dengan aspek penting dalam pengurusan syarikat seperti People and Culture, Operations dan Supply Chain Management. Suasana turut dimeriahkan dengan aktiviti kuiz interaktif Kahoot di mana pemenang membawa pulang hadiah menarik dan cenderahati istimewa seperti  tumbler dari ZUS Coffee. Semua peserta turun menerima cenderahati minuman iaitu Buttercream Latte dan Coffizz.

Pada hari kedua, peserta meneruskan lawatan industri ke ZUS Academy yang terletak di IOI Damansara Mall. Sesi perkongsian bersama pasukan Learning and Development (L&D) di mana mereka berkongsi tentang sejarah kopi,  jenis biji kopi dan evolusi jenama ZUS. Menariknya, peserta berpeluang menjadi Zurista sendiri pengalaman membancuh ZUS Tea Series yang dilancarkan baru baru ini iaitu Dark Oolong Milk Tea, White Peach Oolong Milk Tea, dan Jasmine Milk Tea.

Menerusi program ini, peserta dapat mempelajari lebih mendalam tentang bagaimana ZUS Coffee yang bermula dengan satu cawangan di Binjai, Kuala Lumpur, dan kini telah menembusi pasaran antarabangsa di negara serantau seperti negara Filipina, Singapura dan Brunei.

Dalam masa kurang dari 6 tahun, ZUS Coffee dapat menguasai rangkaian kedai kopi di seluruh Malaysia melalui operasi berasaskan teknologi. Bukan itu sahaja, para peserta juga dapat mempelajari tentang bagaimana pihak ZUS Coffee berjaya membuktikan bahawa produk buatan Malaysia juga setanding dengan kualiti produk antarabangsa dengan menganjurkan kempen ‘Kampung Buatan Malaysia’ bersama kolaborasi jenama tempatan yang lain.

Ia juga memberikan inspirasi tentang kepentingan budaya kerja yang positif dan bersatu, serta inovasi berterusan dalam produk serta komitmen terhadap kualiti dan pengalaman pelanggan yang unggul.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button