Education

UUM meterai LoI dengan Guangxi Minzu Normal University

Berita dan gambar Dr. Chan Cheong Chong

GUANGXI, 14 Mei 2025: Delegasi dari Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur (UUMKL) dan Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP) UUM telah mengadakan lawatan kerja ke Guangxi, China, pada 21 hingga 25 April lalu.

Delegasi ini diketuai Ketua Kampus UUMKL, Prof. Dr. Norlena Hasnan, diiringi Dekan Akademik UUMKL, Prof. Madya Dr. Ahmad Rizal Mazlan; Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP), Prof. Madya Dr. Azlin Hilma Hillaluddin; Ketua Jabatan CAS UUMKL, Dr. Chan Cheong Chong serta Pengerusi Program Dasar dan Kerja Sosial, SAPSP, Dr. Teoh Ai Hua.

Lawatan dimulakan dengan kunjungan ke Guangxi Minzu Normal University (GXMZNU) di bandar Chongzuo di mana delegasi UUM disambut oleh Naib Presiden, Prof. Nong Xiuli, dan pihak pengurusan GXMZNU.

Prof. Nong berkata, GXMZNU sangat berbesar hati untuk menjalinkan hubungan dua hala dengan UUM dalam pelbagai bidang khususnya program mobiliti, penyelidikan, dan kerjasama pendidikan yang lain.

Sebagai usaha awal untuk mereliasasikan kerjasama ini, sesi pertukaran Letter of Intent (LoI) di antara Dr. Norlena mewakili Naib Canselor UUM, dengan Prof. Nong Xiuli yang mewakili GXMZNU telah diadakan.

Selain sesi perbincangan, rombongan UUM turut melawat beberapa pusat di GXMZNU seperti Cross-border E-commerce Training Center di Cross-border E-commerce Industry College, dan Guixinan High-end Furniture Design Industry College.

Delegasi juga menghadiri simposium bersama School of Management bagi membincangkan hala tuju pendidikan dan perkhidmatan kerja sosial di Malaysia dan China.

Dr. Norlena menyifatkan lawatan ini membuka ruang kerjasama di antara kedua-dua universiti melalui perkongsian pengalaman dan ilmu.

“Hubungan yang dibina membawa manfaat bersama dalam bidang akademik, penyelidikan, dan pembangunan pelajar.

“Dengan termeterainya LiI ini, ia menjadi titik permulaan kepada lebih banyak inisiatif bersama yang memberi impak positif kepada warga universiti dan masyarakat di kedua-dua negara,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button