General

CSR CUIC di Masjid Felda Bukit Tangga kukuh hubungan universiti, komuniti

Berita dan gambar Siti Nazirah Jaya

BUKIT KAYU HITAM, 17 Julai 2025: Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah melaksanakan satu Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang melibatkan penyertaan penuh seluruh warga CUIC di Masjid Felda Bukit Tangga.

Pengarah CUIC, Prof. Dr. Chandrakantan Subramaniam berkata berkata, program ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan universiti dengan komuniti luar bandar, khususnya dalam aspek kemasyarakatan dan pembangunan sahsiah.

Menurutnya, aktiviti utama yang dijalankan termasuk gotong-royong membersihkan kawasan masjid dan menyusun atur semula ruang solat

Katanya, program ini merupakan manifestasi komitmen CUIC dalam melaksanakan peranan sosial sebagai jambatan antara universiti dan masyarakat.

“Program sebegini bukan sahaja memberi impak kepada komuniti setempat, malah menggalakkan nilai murni dan semangat kesukarelawanan dalam kalangan staf universiti,” katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pihak masjid dan Ahli Jawatankuasa Masjid Felda Bukit Tangga atas sambutan mesra serta kerjasama baik yang diberikan sepanjang program berlangsung.

Sementara itu, Setiausaha Masjid Felda Bukit Tangga, Idris Hashim menyatakan penghargaan terhadap usaha murni yang ditunjukkan CUIC.

“Kami amat berbesar hati menerima kunjungan dan bantuan tenaga daripada pihak UUM. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Penyertaan menyeluruh daripada staf CUIC termasuk pegawai dan kakitangan pelaksana telah memeriahkan lagi suasana dan menunjukkan komitmen institusi dalam menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.

Program ini merupakan salah satu daripada siri aktiviti komuniti yang dirancang oleh CUIC UUM dalam usaha memperluaskan jalinan kerjasama antara universiti dan masyarakat setempat

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button