CUIC dan Sunway Resort Hotel sedia jalin hubungan strategik dua hala demi manfaat bersama
Gambar CUIC
PETALING JAYA, 10 Februari 2025: Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Sunway Resort Hotel bagi membincangkan potensi kerjasama strategik antara kedua-dua, baru-baru ini.
UUM diketuai oleh Pengarah CUIC, Prof. Dr. Chandrakantan Subramaniam disambut oleh Pengarah Protokol, Hal Ehwal Diplomatik dan Jualan F&B Hotel Bandar Sunway Kuala Lumpur, Nazli Ahmad.
Dr. Chandrakantan berkata, perbincangan ini akan membuka lebih banyak peluang kepada pelajar dan tenaga kerja dalam sektor hospitaliti.
Menurutnya, kunjungan ini juga bertujuan untuk memperkukuh hubungan antara akademia dan industri serta membuka ruang bagi pelajar untuk mendapat pendedahan praktikal yang lebih luas.
Dalam perbincangan tersebut, beberapa inisiatif telah dibincangkan termasuk termasuk peluang latihan industri dan program pembangunan pelajar, tawaran program pascasiswazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) kepada serta latihan khusus untuk pengurus-pengurus hotel.
Selain itu, perancangan ke arah pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) turut dibincangkan sebagai usaha memperkukuh jalinan kerjasama jangka panjang.
“Kunjungan ini menandakan permulaan kepada satu jalinan strategik yang berpotensi memberi manfaat besar kepada pelajar dalam memahami dan menguasai bidang hospitaliti dengan lebih baik.
“Kita bersepakat untuk meneruskan perbincangan ke peringkat lebih lanjut bagi merealisasikan inisiatif yang dibincangkan dan diharapkan ia dapat menjadi pemangkin kepada lebih banyak kolaborasi antara UUM dan industri hospitaliti dalam usaha meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran graduan, selain menyokong pembangunan profesional tenaga kerja sektor ini,” kata Dr. Chandrakantan.
Turut hadir Timbalan Pengarah, Jaringan Industri, Prof. Madya Dr. Normalisa Md Isa; Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi, Pusat Pengajian Pelancongan, Hospitaliti dan Pengurusan Acara (STHEM, UUM), Dr. Norhanim Abdul Razah; Pengerusi Program Kerjasama STHEM, Muharis Mohamed serta Timbalan Dekan Penyelidikan, Inovasi dan Hubungan Korporat OYAGSB, Prof. Ts. Dr. Norazah Mohd Suki.
Sunway Resort Hotel pula disertai oleh Pengarah Sumber Manusia Sunway Resort Hotel, Carmen Andrew; Pengarah Kumpulan Pembelajaran dan Pembangunan Hospitaliti Sunway, Audrey Lee dan Pengurus Pembelajaran dan Pembangunan Hotel Bandar Suway Kuala Lumpur, Siamala Doraji. – Siti Nazirah Jaya