General

Dedahkan kepentingan info sahih, kecerdasan buatan (AI): Fahmi

Gambar Muhammad Shamsul Shafie

SINTOK, 10 Jun 2025: Dalam era maklumat digital yang serba pantas, keupayaan untuk membezakan antara fakta dan maklumat palsu menjadi semakin penting.

Kecerdasan buatan (AI) kini memainkan peranan penting untuk menapis, mengesah serta menyebarkan informasi yang sahih kepada masyarakat.

Menteri Komunikasi, Dato’ Fahmi Fadzil berkata, dunia sekarang mungkin terpukau dengan AI dan teknologi baru sehingga menyangkakan AI dan platform media lain menjadi tempat utama utama untuk mendapatkan informasi.

Beliau berkata demikian dalam ucaptamanya dalam Forum “Siber, Suara dan Sempadan: Merungkai Dinamika Kebebasan Media dalam Era Digital” di Dewan Seminar A, Kompleks Konvensyen, Universiti Utara Malaysia (UUM), hari ini.

Forum ini merupakan platform dalam memberi penegasan kepada kepentingan keseimbangan antara kebebasan media, hak bersuara dan kebertanggungjawaban kepada masyarakat.

Menurutnya, dengan cara itu juga, dalam kalangan pelajar akan terdedah dengan pemain industri media dan mereka boleh mendengar sendiri realiti apa yang sedang berlaku dalam perubahan-perubahan yang sangat rancak dengan kehadiran kecerdasan buatan, media sosial dan lain-lain cabaran bagi media arus perdana.

“Saya tahu ramai yang ingat AI merupakan penyelesai segala masalah tetapi tidak terfikit bahawa AI adalah pencetus kepada masalah terutama dalam bidang media.

“Saya harap di UUM atau Pusat Pengajian Undang-undang (SOL) boleh memperhebatkan debat atau pergelutan dari aspek ilmiah tentang fungsi dinamika atau penyesuaian yang boleh dibuat dengan AI,” katanya.

Dalam forum itu juga, Fahmi menyeru agar Majlis Perwakilan Pelajar UUM memperkukuh peranan dalam menjayakan inisiatif kampus berinternet selamat, susulan peruntukan RM10,000 daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk melaksanakan Kempen Internet Selamat di kampus dan komuniti sekitar.

Beliau turut memaklumkan bahawa lebih 13,000 titik akses Wi-Fi telah dipasang di universiti awam seluruh negara menerusi fasa pertama dan kedua projek peningkatan capaian internet IPTA. Fasa kedua dijangka siap dalam tempoh lima hingga enam minggu.

Fasa ketiga akan dimulakan tahun ini dan melibatkan perbincangan lanjut dengan universiti bagi mengenal pasti lokasi pemasangan.

UUM antara institusi yang dikenal pasti sebagai keutamaan dalam fasa ini. Projek seumpama ini turut diperluaskan ke politeknik dan kolej komuniti.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button