General

Dr. Abdul Rahim dan Cikgu Zainol muka baru teraju PAUUM

Gambar Persatuan Alumni UUM

SINTOK, 23 Jun 2025: Pengurus Besar ANGKASA, Dr. Abdul Rahim Abd Rahman dan Pengerusi PIBKS Negeri Kedah, Zainol @ Zainal Abidin Mohamad telah dipilih sebagai Presiden dan Timbalan Presiden dalam Mesyuarat Agung Tritahunan ke-15 Persatuan Alumni Universiti Utara Malaysia (PAUUM) yang berlangsung secara dalam talian, semalam.

Dr. Abdul Rahim Abd Rahman

Presiden baharu, Dr. Abdul Rahim dalam kenyataan pasca pemilihan menggariskan enam tekad strategik bagi memperkukuh hala tuju PAUUM iaitu politik dengan memantapkan struktur kepimpinan alumni demi kelangsungan dasar dan program, ekonomi dengan mewujudkan peluang keusahawanan kepada alumni melalui pelibatan aktif di dalam kampus serta sosial dengan mengukuhkan hubungan antara alumni dan universiti melalui rangkaian kebajikan dan kerjaya.

Bagi hala tuju keempat, beliau menggariskan hala tuju teknologi dengan memanfaatkan teknologi digital dan AI bagi mempercekap pengurusan serta penglibatan alumni, diikuti alam sekitar dengan memperkenal program bakul makanan dan sokongan kebajikan untuk golongan siswa dan alumni yang memerlukan serta yang terakhir legislatif dengan menggiatkan peranan Yayasan Alumni dan Koperasi Alumni sebagai pemangkin ekonomi dan kesejahteraan bersama.

“Enam keutamaan ini akan menjadi landasan utama kepimpinan baharu dalam mengangkat kembali peranan strategik PAUUM sebagai entiti alumni yang dinamik dan inklusif,” katanya.

Zainol@Zainal Abidin Mohamad

Pemilihan kali ini dilaksanakan sepenuhnya melalui sistem pengundian digital ElectionBuddy, yang menyaksikan penglibatan aktif ahli alumni dari pelbagai latar belakang.

Pertandingan bagi jawatan Ahli Majlis Eksekutif dan Juruaudit turut berlangsung dalam suasana yang harmoni, membuktikan komitmen tinggi warga alumni terhadap masa depan persatuan.

Senarai Jawatankuasa PAUUM baharu:
Presiden                 : Dr. Abdul Rahim Abd Rahman
Timbalan Presiden : Zainol @ Zainal Abidin Mohamad
Naib Presiden        : Abdul Hafidz Win
                                Muhammad Iskandar Zulkarnain                Muhammad Suhaimi
                                 Rafidah Muhammed
Juruaudit                : Mazidah Samsudin
                                 Norlelawati Saman
Ahli Majlis Eksekutif:
1) Raphy Md Radzi
2) Prof. Madya Ts Dr. Nur Hani Zulkifli Abai
3) Anuwar Asmuni
4) Asmawiza Hussin
5) Salehuddin Salim
6) Muhammad Ttaqi’uddin Mohd Hamzah Murghayah
7) Dr. Mazri Yaakob
8) Dr. Mohamed Zulkurnai Ghazali
9) Prof. Madya Ts Dr. Mohamad Ghozali Hassan
10) Mohd Fairus Abd Majid
11) Dr. Rusman Ghani
12) Rose Fazlinda Yanti Abd Rashid

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button