General

Enam acara dilancarkan serentak dalam Majlis Perutusan Tahun Baharu Naib Canselor 2025

Gambar Mohd Fuad Hamid

SINTOK, 16 Januari 2025: Seusai Majlis Perutusan Tahun Baharu Naib Canselor 2025, sebanyak enam acara telah dilancarkan dalam majlis tersebut di Auditorium Pusat Pengajian Antarabangsa (SOIS), pagi tadi.

Kesemua acara tersebut disempurnakan oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan diiringi Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr Russayani Ismail; Pendaftar, Ahmad Rasidi Abdullah dan Pengarah Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC), Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Faizal Omar.

Pertama, pelancaran Program Bakat Sumbang Bakti UUM (SUKA UUM) yang merupakan inisiatif di bawah Jabatan Sumber Manusia dengan kerjasama Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP) dalam melengkapi sukarelawan dengan ilmu, teori dan pelbagai kemahiran kepimpinan, khususnya dalam kesukarelawanan, pemimpin dilatih untuk menyumbang tenaga, masa dan kemahiran dalam aktiviti-aktiviti yang bermanfaat kepada masyarakat setempat, di dalam UUM mahupun sekitar.

Dr. Mohd Foad telah menyampaikan sijil kepada penyelaras program dan ketua bagi setiap kumpulan sukarelawan terlibat.

Kemudian, pelancaran Pelaksanaan Dasar Pernyataan Keselamatan Perlindungan di mana hasil Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan di UUM oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan pada 29 April 2024, Kerajaan Malaysia (CGSO) telah memaklumkan agar Dasar Pernyataan Keselamatan Perlindungan diwujudkan di UUM bagi mematuhi penilaian keseluruhan berdasarkan Garis Panduan Penilaian Tahap Keselamatan Perlindungan di Jabatan-Jabatan Kerajaan.

Sehubungan itu, Pegawai Tadbir, Faizah Hashim telah menerima pernyataan tersebut sebagai simbolik pelaksanaan Dasar Pernyataan Keselamatan Perlindungan di UUM.

Seterusnya, penyerahan Bantuan Kebajikan Pelajar UUM iaitu Bantuan Sara Hidup, Bantuan Bencana, Bantuan Khairat Kematian, Bantuan Yuran Pengajian dan Bantuan Komputer Riba.

Sebagai sebuah universiti yang cakna dengan kebajikan pelajar, UUM telah menyediakan skim tabung kebajikan pelajar 2025 yang bertujuan untuk menjaga kebajikan pelajar melalui pelbagai bentuk sumbangan kepada pelajar yang berkeperluan dan terpilih.

Naib Canselor turut melancarkan Research, Innovation, Commercialisation. Enterpreneurship, Societal (RICES) UUM dengan meletakkan tangan di tablet sebagai gimik pelancaran.

Kemudian, beliau melancarkan Syarikat Terbitan Universiti iaitu EDUMi Sdn. Bhd., Shazign Solution dan Lensa Mimpi Empire bersempena dengan tahun Spinoff Sandbox 2025.

Menurut acara, Dr. Mohd Foad melancarkan Buku Garis Panduan Aktiviti Jual Niaga dan Urusniaga Universiti Utara Malaysia bersama Pengarah Jabatan Strategik dan Pembangunan Perniagaan (BSD), Dr. Afiruddin Tapa.

Buku garis panduan ini merupakan inisiatif BSD dengan kerjasama beberapa pusat tanggungjawab yang bertujuan untuk membimbing dan menjelaskan proses permohonan penganjuran program atau acara, membantu pemohon, peniaga dan pengurus acara memahami proses dengan lebih jelas.

Dokumen ini akan menjadi rujukan bertulis, di samping menjadi Amalan Terbaik Pengurusan (Management Best Practices) untuk UUM.

Dr. Mohd Foad berharap dengan inisiatif ini dapat mengukuhkan lagi kedudukan universiti sebagai pusat kecemerlangan ilmu sejajar dengan Dasar Pengurusan Pendidikan dan hala tuju UUM tahun 2025.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button