General

Jom serbu reruai UUM Press di PBAKL 2025!

CI UUM Press

KUALA LUMPUR, 22 Mei 2025: Peminat buku tanah air berpeluang untuk mendekati dunia penerbitan akademik apabila UUM Press menyertai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 (PBAKL 2025) yang bakal berlangsung selama 10 hari bermula Jumaat ini, 23 Mei hingga 1 Jun 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Sebagai satu daripada penerbit universiti yang kian mendapat tempat dalam kalangan pembaca  tanah air, UUM Press tampil dengan lebih 700 judul buku pilihan termasuk karya akademik, ilmiah, kreatif, dan umum. Antara tawaran menarik yang bakal mencuri perhatian pengunjung ialah jualan buku serendah RM5, diskaun antara 15 hingga 80 peratus.

Lebih menarik, UUM Press tidak hanya hadir secara fizikal, malah turut menyertai PBAKL X Shopee, platform pesta buku secara dalam talian yang membolehkan pembeli dari seluruh negara mendapatkan buku pilihan mereka dengan tawaran diskaun harian dan pelbagai baucar promosi bermula dan berakhir pada tarikh yang sama.

Sebagai pengisian intelektual, UUM Press turut menganjurkan lima sesi resensi buku pada 27 Mei ini bertempat di Pentas Republika Merah MAPIM, Aras 3 Dewan Tun Razak 3. Antara buku yang akan diketengahkan termasuk:

  • Anak Tak Sah Taraf Menurut Lensa Hukum Syarak dan Undang-Undang (Editor: Adibah Bahori, Azizah Mat Rashid & Mohamad Azhan Yahya)
  • Delinkuensi dan Keadilan Sosial (Norruzeyati Che Mohd Nasir)
  • Jejak Petualang: Annapurna Base Camp (Mohd. Raime Ramlan, Yurita Yakimin Abdul Talib & Amirudin Hashim)
  • Kumpulan Cerpen Remaja: Gadis Ben Thanh Bermata Juling
  • Kumpulan Cerpen Feminin Baru: Kini Kurasa Menyayangimu, Ibu (Nurimas SN)

PBAKL 2025, yang dijangka menarik 1.9 juta pengunjung, akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 1 Jun 2025. Acara ini turut menyaksikan penyertaan lebih 1,000 reruai pameran, termasuk penerbit tempatan dan antarabangsa yang akan mempamerkan pelbagai genre karya dan penerbitan terkini.

UUM Press akan ditempatkan di dua lokasi utama iaitu Reruai S5-04, Aras 2, Laluan Luar Dewan Tun Dr. Ismail danReruai S6-35, Aras 3, MAPIM, Dewan Tun Razak 3.

Dengan kehadiran UUM Press yang membawa pelbagai penawaran menarik dan kandungan bermutu tinggi, PBAKL 2025 pasti menjadi destinasi wajib bagi semua pencinta ilmu, penulis, pelajar dan komuniti akademik. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mendapatkan buku-buku terbaik dengan harga luar biasa – hanya di PBAKL 2025!

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button