Kecemerlangan pengajaran terus disemai, UTLC rai warga akademik UUM
Gambar oleh Mohd Fuad Hamid
SINTOK, 31 Disember 2025: Pusat Pengajaran dan Pembelajaran Universiti (UTLC), Universiti Utara Malaysia (UUM) terus komited menyemai budaya kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran (PdP) menerusi penganjuran Majlis Apresiasi UTLC 2025 bagi menghargai sumbangan serta pencapaian cemerlang warga akademik universiti.

Majlis yang berlangsung di Dewan Seminar Pusat Islam, UUM itu telah disempurnakan oleh Naib Canselor UUM, Profesor Dr. Ahmad Martadha Mohamed, dan dihadiri barisan pengurusan universiti, warga akademik serta penerima anugerah.
Dalam ucapannya, Beliau menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian UUM sepanjang tahun 2025 yang menyaksikan universiti tersebut berjaya memenangi dua Anugerah Akademik Negara (AAN), terpilih sebagai finalis Pertandingan Rekabentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif (AKRI) serta meraih lima anugerah dalam The International University Carnival on E-Learning (IUCEL) anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi.

Menurutnya, pencapaian tersebut mencerminkan kekuatan ekosistem akademik UUM yang berteraskan kolaborasi, inovasi pedagogi dan komitmen berterusan dalam memastikan kualiti PdP kekal relevan serta berdaya saing.
“Kecemerlangan pengajaran tidak berlaku secara kebetulan. Ia menuntut kesungguhan memperbaharui ilmu, keberanian mencuba pendekatan baharu serta iltizam untuk memberikan pengalaman pembelajaran terbaik kepada pelajar,” katanya.

Sementara itu, Pengarah UTLC, Profesor Dr. Siti Noor Ismail berkata, majlis apresiasi tersebut bukan sekadar acara penghargaan, malah menjadi simbol kepada budaya kecemerlangan pengajaran yang dibina secara konsisten di UUM.
Beliau menegaskan bahawa UTLC berperanan sebagai rakan strategik kepada warga akademik dalam usaha melahirkan pendidik reflektif dan inovatif, di samping memperkukuh pelaksanaan PdP berimpak tinggi di universiti.

Sesi turut dimeriahkan dengan Sesi Perkongsian bertajuk “Inspiring Excellence: Sharing Session with The AAN Winners” dengan menampilkan dua pemenang AAN UUM, iaitu Profesor Dr. Haslinda Ibrahim dan Ts. Dr. Mohamad Fitri Mohamad Haris, yang berkongsi pengalaman serta strategi kecemerlangan dalam pengajaran.
Majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil Apresiasi UTLC 2025 kepada penerima anugerah sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan mereka dalam memperkasa kualiti pengajaran dan pembelajaran universiti.
Senarai penerima Sembilan (9) Pencapaian Anugerah yang Dirai pada Majlis Apresiasi UTLC 2025
- Anugerah Akademik Negara (AAN) Ke-16
Kategori Pengajaran Kelompok Bidang Sains Tulen
Profesor Dr. Haslinda Ibrahim - Anugerah Akademik Negara (AAN) Ke-16
Anugerah Seni dan Kreativiti – Kelompok Seni Persembahan
Dr. Mohamad Fitri Mohamad Haris - Pingat Emas
The International University Carnival on E-Learning (IUCEL) 2025
Abd Hadi Abd Razak, Marzura Ibrahim, Nur Fadziana Faisal Mohamed,
Syamsul Anuar Che Mey @ Ismail dan Siti Syamsul Nurin Mohmad Yazam - Pingat Perak
The International University Carnival on E-Learning (IUCEL) 2025
Abd Hadi Abd Razak, Nur Fadziana Faisal Mohamed,
Syamsul Anuar Che Mey @ Ismail, Siti Syamsul Nurin Mohmad Yazam dan Marzura Ibrahim - Pingat Perak
The International University Carnival on E-Learning (IUCEL) 2025
Hasan bin Mohamed Zakaria - Pingat Gangsa
The International University Carnival on E-Learning (IUCEL) 2025
Mohd Faizuddin bin Muhammad Zuki - Finalis Anugerah Khas Menteri Pendidikan Tinggi
Reka Bentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif (AKRI)
Profesor Madya Dr. Hafizah binti Mohamad Hsbollah - Rakan Strategik UTLC 2025
Profesor Madya Ts. Dr. Irwan Mahadzir Ismail - Rakan Strategik UTLC 2025
S. Maartandan a/l Suppiah



