General

Kunjungan hormat PACE ke IPK Kedah promosi pembelajaran secara ODL

Berita dan gambar Prof. Madya Dr. Herman Shah Anuar

ALOR SETAR, 7 Ogos 2025: Kerjasama erat antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) diperkemaskan lagi dengan kunjungan hormat Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE) UUM ke pejabat Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

Kedatangan delegasi UUM itu disambut Senior Asisten Komisioner A.A Anbalagan dan menyifatkan kunjungan itu membuka ruang kerjasama antara PDRM dan PACE UUM ke peringkat yang lebih tinggi.

Pengarah PACE, Prof. Madya Dr. Herman Shah Anuar berkata, tujuan kehadiran PACE adalah untuk mempromosikan pembelajaran secara Pembelajaran Terbuka Secara Atas Talian (Online Distance Learning) atau ODL di mana amat sesuai untuk staf agensi keselamatan yang mempunyai jadual tugasan yang padat.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sokongan dan bantuan yang diberikan oleh pihak IPK Kedah yang sudi membantu usaha PACE menggalakkan staf menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

A.A Anbalagan menyokong usaha murni PACE ini dan akan membantu menggalakkan staf PDRM menyambung pengajian di UUM yang bukan sahaja sebagai menambah ilmu, tetapi meningkatkan lagi peluang kenaikan pangkat.

Kunjung hormat ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah PACE, Prof. Madya Dr. Abd Aziz Othman dan pegawai-pegawai kanan UUM.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button