General

Perbincangan pelarasan agihan fidyah pelajar IPT kedah perkukuh kebajikan mahasiswa

Gambar oleh Muhammad Syazwan Menon

ALOR SETAR, 11 Januari 2026:

Pusat Islam Universiti Utara Malaysia (UUM) telah dijemput menghadiri Mesyuarat Pelarasan Bantuan Makanan Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang dianjurkan oleh Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK).

Mesyuarat tersebut berlangsung di Bilik Mesyuarat MAIK, Alor Setar, dan dipengerusikan oleh Sheikh Muhammad Suhaimi Zulkiflee, Ketua Bahagian Baitulmal MAIK.

Mesyuarat tersebut diadakan bagi membincangkan pelaksanaan serta pelarasan agihan fidyah kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di seluruh Negeri Kedah, khususnya dalam memastikan kebajikan pelajar yang layak terus terbela secara tersusun dan berkesan.

Pusat Islam UUM diwakili oleh Ustaz Muhammad Syazwan Menon dan Ustaz Aus Korni Yahaya.

Kehadiran wakil Pusat Islam UUM mencerminkan komitmen berterusan universiti dalam memperkukuh kerjasama strategik bersama MAIK bagi menjayakan inisiatif kebajikan pelajar IPT, khususnya dalam aspek pengurusan dan agihan bantuan berasaskan sumber Baitulmal. – Nor Azlinah Zaini

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button