General

Program serahan bakul ramadan INASIS SIME DARBY 2026

Berita dan gambar oleh Khairil Azfar  Ahmad Zubir

SINTOK, 17 Mac 2026: INASIS Sime Darby telah menganjurkan Program Serahan Bakul Ramadan sebagai satu inisiatif kebajikan bagi menyantuni para petugas pembersihan yang berkhidmat di sekitar kolej kediaman pelajar.

Program yang berlangsung sempena bulan Ramadan ini bertujuan untuk meringankan beban golongan pekerja pembersihan, khususnya dalam kalangan keluarga berpendapatan B40, dalam membuat persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Melalui sumbangan bakul makanan yang mengandungi barangan keperluan asas, para penerima dapat menikmati sedikit kelegaan dalam mengurus perbelanjaan harian sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.

Menurut Pengetua Inapan Siswa Sime Darby, Khairil Azfar Ahmad Zubir, program ini merupakan aktiviti tahunan yang dilaksanakan sebagai tanda penghargaan kepada para petugas yang menjadi tulang belakang dalam memastikan kebersihan dan kesejahteraan persekitaran kediaman pelajar sentiasa terjaga.

Beliau turut menegaskan bahawa jasa dan komitmen para petugas pembersihan amat besar. Justeru, penganjuran program seperti ini diharap dapat menyemai rasa prihatin dan menghargai golongan pekerja sokongan dalam kalangan warga universiti.

Selain itu, program ini juga menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara pihak pengurusan kolej kediaman dengan para petugas, sekali gus memupuk semangat kebersamaan dan nilai kemanusiaan yang tinggi dalam komuniti kampus.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button