General

RMK12: TKSU KPT diberi taklimat tambah baik Taman Siswa, Jitra

Gambar Hairul Nizam Zahari

JITRA, 9 Mac 2025: Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Dato’ Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian meninjau kawasan Taman Siswa, Jitra di mana ia merupakan penginapan awal pelajar ketika UUM ditubuhkan di Tanah Merah.

Dr. Megat Sany menerima taklimat mengenai skop projek RMKe-12 RP5 2025 Taman Siswa yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Infrasturktur (JPPI), Mohd Suhaili Rejab dan Arkitek, Ismadi Yaacob.

UUM telah menerima peruntukan sebanyak RM27 juta bagi dua projek iaitu pembaikan rumah satu tingkat, surau dan dewan serba guna termasuk infrastruktur awam serta pembaikan rumah dua tingkat dan infrastruktur awam.

Jangkaan projek bermula pada April 2025 dengan tempoh projek selama dua tahun enam bulan.

Turut serta, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Russayani Ismail dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed serta Pengarah Pusat Penginapan Pelajar (SAC), Ahmad Mujahid Abd. Ghani.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button