General

SQS hulur sumbangan, santuni staf kebersihan UPSB sempena aidilfitri

Gambar oleh: Zamalik Hassan 

SINTOK, 16 Mac 2026: Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS), Universiti Utara Malaysia menyantuni pekerja kebersihan UPSB melalui Program Bakul Aidilfitri sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan dedikasi mereka dalam memastikan persekitaran kampus sentiasa bersih dan selesa.

Sumbangan Bakul Aidilfitri ini telah disampaikan oleh Dekan SQS, Prof. Madya Dr. Nerda Zura Zaibidi kepada empat orang staf UPSB dalam satu majlis yang ringkas.

Sumbangan ini adalah inisiatif daripada Jawatankuasa Kebajikan dan Keceriaan (JKK) SQS yang dipengerusikan oleh Dr. Nor Hisham Haron.

Program ini diadakan bersempena dengan sambutan Aidilfitri yang bakal tiba sebagai usaha menyantuni dan menghargai jasa staf kebersihan yang banyak menyumbang kepada kelancaran operasi harian di pusat pengajian.

Inisiatif ini diharapkan dapat menceriakan sambutan Aidilfitri kepada para penerima di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara warga SQS dan staf kebersihan UPSB.

Pihak SQS turut merakamkan penghargaan kepada semua staf kebersihan atas komitmen dan khidmat bakti yang diberikan sepanjang menjalankan tugas mereka. – Noramalina Shamsudin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button