General

Tabung Kebajikan Alumni ringankan beban alumni sakit buah pinggang

Gambar Pusat Alumni

PERAK, 13 Januari 2026: Pusat Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menziarahi alumni universiti ini, Nor Azaharah Soffia Abbas yang menghadapi masalah kesihatan di kediamannya di Perak.

Nor Azaharah yang merupakan suri rumah dan graduan Ijazah Sarjana Muda Kewangan UUM tahun 2010 kini menghidap penyakit buah pinggang tahap tiga dan perlu menjalani rawatan dialisis sebanyak tiga kali seminggu.

Beliau telah menerima sumbangan melalui Tabung Kebajikan Alumni bagi membantu meringankan beban kos rawatan dan perbelanjaan keluarga.

Bantuan ini turut menggambarkan komitmen universiti dalam menjaga kebajikan alumninya melalui inisiatif jangka panjang yang berterusan.

Pengarah Pusat Alumni UUM, Prof. Madya Dr Lily Julienti Abu Bakar berkata, program kebajikan alumni merupakan sebahagian daripada usaha universiti menyantuni dan menyokong alumni yang berhadapan dengan cabaran hidup.

“Pusat Alumni mendoakan agar Nor Azaharah dipermudahkan segala urusan rawatan dan dikurniakan kesembuhan.

“Bantuan ini adalah tanda keprihatinan UUM terhadap alumninya dan kami berharap ia dapat memberi sedikit kelegaan kepada beliau serta keluarga,” katanya.

Tabung Kebajikan Alumni pada 2025 melalui kempen “1 Alumni, 1 Ringgit” merekodkan seramai 40 alumni sebagai penerima bantuan yang diagihkan mengikut kategori kematian, sakit dan bencana alam.

Program ini digerakkan melalui sumbangan berterusan oleh alumni UUM dari seluruh negara serta alumni dalaman UUM yang turut menyokong melalui skim potongan gaji.

Pusat Alumni merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang yang terus menyokong inisiatif kebajikan ini, yang bukan sahaja membantu meringankan beban penerima tetapi turut mengukuhkan hubungan alumni dengan institusi.

Langkah ini sekali lagi membuktikan bahawa semangat kebersamaan dan kesetiaan alumni terhadap UUM kekal utuh walaupun telah lama meninggalkan kampus. – Amelia Hakimi

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button