General

Tajuk berkaitan GST, Ahmad Maslan lulus sesi pertahan tesis PhD di UUM

Gambar Muhammad Shamsul Shafie

SINTOK, 13 Ogos 2025: Timbalan Menteri Kerja Raya, Dato’ Seri Ahmad Maslan, berjaya mempertahankan tesis Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Komunikasi di Universiti Utara Malaysia (UUM), berkaitan sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Kajian tesis Ahmad diselia oleh Prof. Madya Dr. Nik Adzrieman Abdul Rahman dan Dr. Suhaini Muda yang bertajuk ‘Strategi Komunikasi Kerajaan Malaysia: Satu Analisis Penentuan Agenda dan Pembingkaian Pelaksanaan Goods and Services Tax’.

Sesi viva dipengerusikan oleh Prof. Dr. Norhafezah Yusof, bersama pemeriksa luar, Prof. Dr. Mohd Yahya Mohamed Ariffin (UPSI) dan pemeriksa dalam, Prof. Madya Dr. Mohd Khairie Ahmad.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani turut meraikan sebaik sahaja sesi viva berkenaan selesai.

Pencapaian ini memperkukuhkan kedudukan UUM sebagai pilihan utama dalam pendidikan pascasiswazah serta memberi inspirasi kepada pelajar untuk terus berusaha walaupun memikul tanggungjawab besar di luar kampus. – Nur Izzatul Natasya Raymee Syam (Pelajar Pelatih dari UniMAP)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button