General

Tarif era Trump ubah corak perdagangan global dan pertumbuhan ekonomi serantau

Gambar M. Syazwi Sholihin

SINTOK, 20 Ogos 2025: Polisi tarif yang diperkenalkan oleh bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sejak tahun 2018 terus memberi kesan besar terhadap perdagangan global.

Kenaikan tarif terhadap barangan import dari China telah mencetuskan perang perdagangan terbesar abad ini dan menimbulkan ketidakstabilan ekonomi antarabangsa.

Bagi memperjelas isu ini, Pejabat Penolong Naib Canselor UUM College of Business (UUM COB) dengan kerjasama Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) telah menganjurkan sesi perkongsian ilmu bersama Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin, pensyarah SEFB yang juga penganalisis ekonomi tempatan dan antarabangsa.

Dr. Irwan Shah berkata, tarif yang dikenakan era Trump menjadi faktor penting yang mengubah corak perdagangan global dan mempengaruhi pertumbuhan ekonomi serantau.

Beliau menyifatkan pendekatan tarif Trump sebagai “tidak menentu” dan menegaskan bahawa Malaysia, yang sangat bergantung kepada perdagangan antarabangsa, khususnya dengan Amerika Syarikat dan China yang perlu mengutamakan strategi diversifikasi pasaran untuk mengurangkan risiko.

“Kebanyakan analisis terdahulu hanya meneliti kesan tarif secara umum, sedangkan perlu ada penelitian yang lebih mendalam terhadap impak khusus kepada negara perdagangan terbuka seperti Malaysia,” katanya.

Program ini merupakan cetusan idea, Prof. Madya Dr. Bakti Hasan Basri menjalankan tugas Penolong Naib Canselor UUM COB yang menekankan kepentingan warga akademik di bawah UUM COB untuk berkongsi kepakaran dalam bidang masing-masing dengan khalayak ramai.

Dalam ucapan aluan beliau, Dr. Bakti turut memperkenalkan tag line baharu bagi siri wacana ini iaitu “COB Talks: Sharing Ideas, Shaping Minds” serta mengalu-alukan lebih banyak penganjuran program seumpama ini bagi menyemarakkan budaya kesarjanaan dalam kalangan warga universiti.

Sesi ini yang diadakan secara hibrid turut mendapat sambutan baik daripada peserta, yang berpeluang mengajukan soalan secara langsung dalam sesi soal jawab, sekali gus menjadikan program ini platform pencerahan penting terhadap isu-isu ekonomi semasa. – Urusetia Pejabat PNC UUM COB

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button