General

UUM turun padang bantu mangsa banjir di Pantai Timur

Gambar Hairul Nizam Zahari

TUMPAT, 5 Disember 2024: Misi Bantuan Ihsan MADANI yang digerakkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ini benar-benar mencerminkan semangat solidariti mahasiswa dan kakitangan universiti awam dalam membantu mangsa banjir.

Seramai 1,000 pelajar dan staf dari 12 Universiti Awam digerakkan untuk tujuan ini, dan Universiti Utara Malaysia (UUM) turut terbabit.

Langkah menyelaras misi ini melalui Majlis Sukarelewan Universiti Malaysia (MASKUM) dengan memusatkan aktiviti di USM Kubang Kerian serta UMK amat strategik untuk memastikan bantuan sampai dengan efisien.

Dengan penglibatan UUM, seramai 50 pelajar dan staf di bawah pimpinan Naib Canselor Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan telah mengambil tanggungjawab besar, terutama untuk membantu dua sekolah yang terjejas, iaitu:

* Kumpulan 1 di Sekolah Kebangsaan Meranti, Tumpat.

* Kumpulan dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Meranti, Tumpar.

Tugas pembersihan sekolah ini bukan sahaja penting untuk memulihkan sesi pembelajaran tetapi juga untuk memastikan persekitaran selamat dan kondusif bagi pelajar.

Selain itu, Naib Canselor turut mengadakan lawatan ke beberapa rumah pelajar UUM yang terjejas teruk akibat banjir.

“Beberapa sekolah dan rumah di Tumpat dilanda banjir di mana kali ini lebih teruk berbanding pada tahun 2014.

“Cikgu di Sekolah Kebangsaan Meranti memaklumkan ada dalam 60 tahun, inilah banjir terbesar.

“Universiti turut terpanggil untuk menyantuni dan memghulurkan salam ihsan kepada komuniti terbabit,” kata Dr. Mohd Foad.

Dr. Mohd Foad berharap semua sukarelawan diberikan kekuatan dan kemudahan untuk melaksanakan tanggungjawab ini, dan semoga misi ini membawa kelegaan serta harapan baru kepada mangsa banjir. – Kori Ariff

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button