General

Wakaf meja batu hadiah kasih berteraskan Ilmu Budi Bakti

Berita dan gambar Prof. Madya Dr Azlina Kamaruddin

BOHOR MALI, 17 Julai 2025: Wakaf merupakan satu bentuk sedekah jariah yang berterusan pahalanya kepada si pemberi, selama mana manfaat wakaf itu berterusan.

Dalam usaha menyemarakkan budaya wakaf dan pada masa yang sama memberi kemudahan kepada pelajar-pelajar di institusi pendidikan, satu program tanggungjawab sosial dalam bentuk sumbangan set meja kerusi batu telah dilaksanakan di Sekolah Agama Al-Islahiyah Menengah (SAIM), Bohor Mali, Perlis.

Timbalan Pengarah Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad (IPDM), Prof. Madya Dr. Azlina Kamaruddin berkata, dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SAIM, program ini bertujuan program untuk menyediakan kemudahan tempat duduk yang selesa kepada pelajar di kawasan asrama, berehat santai, mengadakan perbincangan kumpulan pelajar mahupun menjalankan aktiviti luar asrama.

“Diharapkan program wakaf ini bukan sahaja memberi manfaat fizikal kepada warga SAIM, malah membuka pintu amal jariah yang berkekalan kepada para pewakaf.

“Semoga usaha kecil ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif wakaf yang dapat memberi impak besar kepada pembangunan pendidikan Islam di Malaysia,” katanya.

Sementara itu. Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid) SAIM, Mohd Azahari Othman berkata, bantuan daripada penyumbang amat dihargai yang membantu pihak sekolah untuk menyediakan kemudahan tempat duduk yang selesa dan kekal kepada warga sekolah.

Di samping itu, menurutnya, projek seperti ini turut menggalakkan budaya wakaf dan sedekah jariah dalam kalangan masyarakat, dan mengeratkan hubungan antara masyarakat luar dengan institusi pendidikan Islam. Jutaan terima kasih kepada semua penyumbang.

Akhirnya, IPDM merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para penyumbang yang berinfaq kerana Allah.

Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ‏

Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya, dan anak yang soleh yang mendoakan baginya.”

Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button