Lifestyle

Eco Cycle: Scrap Smart, Save The Earth 2024

JITRA, 13 Januari 2025: Sekumpulan pelajar STML UUM mengadakan program Eco Cycle: Scrap Smart, Save The Earth 2024, dengan kerjasama Environment Idaman Sdn Bhd Kubang Pasu dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).

Pengarah program, Mohammad Saiful Fakhri Azrin berkata, objektif program ini adalah untuk membangunkan kemahiran keusahawanan pelajar dengan meningkatkan kreativiti, penyelesaian masalah dan inovasi mereka untuk peluang dalam kerjaya logistik dan pengangkutan.

“Usaha ini juga dapat meningkatkan kesedaran dan berkongsi pengetahuan tentang Logistik dan Pengangkutan kepada masyarakat dan melaksanakannya dalam rutin harian kita.

“Program ini telah mengajar kita banyak kesedaran tentang persekitaran hijau dan logistik terbalik,” ujarnya.

beliau telah menyebarkan tugas kepada 10 orang ahli dan berjaya menyiapkan tugasan dalam projek bagi memastikan kelancaran perancangan program dan pembangunan program.

Projek ini  di bawah subjek BJTLK3023 Pengangkutan dan Masyarakat bimbingan Dr. Izatul Husna Zakaria bagi memenuhi elemen pengajaran kemahiran insaniah yang sejajar dengan rangka kerja pendidikan atau latihan untuk membangunkan kecekapan interpersonal dan peribadi yang kritikal.

Dalam program ini kami sebagai pelajar mengetahui cara menjaga bumi dengan barangan kitar semula. program ini membawa banyak faedah seperti mendapatkan wang untuk mengitar semula barangan dan mengamalkan logistik terbalik.

Pengurus Kesatuan Rukun Tetangga Taman Tunku Sarina yang merupakan salah satu kediaman di Jitra, Zamri berkata, terdapat banyak barangan yang tidak berfungsi lagi bertaburan di rumah komuniti itu dan mereka tidak tahu bagaimana untuk menanganinya.

Justeru katanya, program ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat dalam menghapuskan sisa buangan di rumah mereka.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button