religion

Majlis Khatam Al-Quran UUM Semarakkan Ramadan dengan Penghayatan Al-Quran

Gambar oleh Shamsaimi Ezil & Pusat Islam

SINTOK, 16 Mac 2026: Majlis Khatam Al-Quran berlangsung dengan penuh keberkatan di Masjid Sultan Badlishah Universiti Utara Malaysia, sebagai tanda kesyukuran setelah para peserta berjaya menamatkan bacaan 30 juzuk Al-Quran sepanjang bulan Ramadan.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh para peserta, diikuti dengan bacaan doa khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Ustaz Sharif Abdus Salam bin Sharif Saad.

Suasana majlis diserikan dengan kehadiran peserta tadarus yang terdiri daripada warga pelbagai jabatan universiti, selain penglibatan guru serta pelajar kelas KAFA Universiti Utara Malaysia (UUM).

Pengarah Pusat Islam UUM, Ustaz Mohd Yusnaidi  Md Sabri berkata, penganjuran program tadarus dan khatam Al-Quran bertujuan memupuk kecintaan terhadap kitab suci itu, di samping menggalakkan umat Islam untuk terus membaca, memahami dan menghayati isi kandungannya dalam kehidupan seharian.

Program seperti ini bukan sahaja mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga universiti, malah menjadi platform memperkukuh amalan keagamaan sepanjang bulan Ramadan,” katanya.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada para peserta oleh Pengarah Canselori yang menjalankan fungsi sebagai Pendaftar, Muhammad Iskandar Zulkarnain  Muhamad Suhaimi. – Sharif Abdus Salam Sharif Saad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button