Sports

Aspirasi sihat dan ceria bersama Warga SEFB

SINTOK, 25 Jun 2025: Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) telah melancarkan Program SEFB Wellness 2025 yang bertemakan “Healthy You, Happy Life”,  berlangsung meriah bersama warga SEFB.

Program kesihatan yang bakal berlangsung selama tiga bulan, bermula Jun hingga September 2025, menyasarkan peningkatan kesedaran dalam kalangan staf terhadap kepentingan kesihatan fizikal, emosi dan keseimbangan kerja-kehidupan (work-life balance).

Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang tempoh tersebut seperti ‘brisk walk’, ceramah pemakanan, perlawanan badminton, kayak, berbasikal, mendaki,  ceramah kerohanian, serta sukan golf.

Dalam ucapan perasmiannya, Dekan SEFB, Prof. Madya Dr. Bakti Hasan Basri, menekankan bahawa inisiatif ini merupakan satu usaha proaktif dalam memperkasakan budaya kerja sihat dan harmoni dalam kalangan staf SEFB. Beliau turut menekankan pentingnya hubungan ukhuwah yang erat sesama warga kerja, selari dengan gaya hidup aktif dan sihat.

Majlis turut menyaksikan peluncuran dua pertandingan utama, iaitu Mission SLIMPossible – satu cabaran penurunan berat badan untuk mencapai berat badan ideal dan StepMania: Walk the Talk Challenge – program kecergasan berasaskan kiraan langkah kaki bagi menggalakkan aktiviti fizikal dan riadah harian.

Penganjuran program ini sekali gus mencerminkan komitmen SEFB dalam membina persekitaran kerja yang lebih positif, seimbang dan produktif demi kesejahteraan keseluruhan warga akademik dan pentadbiran. – M. Khairy Mukhtaruddin

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button