Sports

Mantan NC terima Anugerah Tokoh Sukan MASUM 2023-2024

Berita dan gambar Afiza Mohammad

PUTRAJAYA, 11 Februari 2026 : Mantan Naib Canselor, Prof. Dato Dr. Mohd Foad Sakdan telah menerima Anugerah Tokoh Sukan MASUM 2023 dan 2024 dalam Majlis Anugerah Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 2023 dan 2024 yang berlangsung di Dewan Za’aba, Kementerian Pendidikan Tinggi, hari ini.

Beliau menerima pengiktirafan tersebut atas sumbangan besar dalam pembangunan sukan universiti yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman.

Selain Dr. Mohd Foad, turut menerima anugerah adalah atlet sukan universiti iaitu Muhammad Nooraizuddin Abd. Hamid yang dinobatkan sebagai Atlet Terbaik Lelaki Universiti 2023 dan Nur Zulaikha Arifah Abdul Rasid menerima Atlet Terbaik Wanita Universiti 2023, masing-masing melalui acara taekwando.

Bagi Atlet Terbaik Lelaki Universiti 2024 diungguli Mohamad Adib Fihmi Mohd Faiz (tenis) dan Atlet Terbaik Wanita Universiti 2024 oleh Puteri Farah Diba Natasha Zakaria (taekwondo).

Muhammad Hariz Muhammad Hezri pula menjadi calon akhir Bintang Harapan Lelaki 2024 menerusi acara sukan golf.

Turut hadir menyaksikan kejayaan itu ialah Timbalan Pengarah Pusat Sukan, Mohd Nizar Ahmad Padzi.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button