Education

Wacana bahas tentang kepentingan falsafah dalam perubahan sosial, ekonomi dan budaya

Dr. Munif Zarirruddin (kiri) membahaskan tentang kepentingan dan aplikasi falsafah dalam mengurus dan memahami perubahan dalam kehidupan pada Wacana Suluh Falsafah: Falsafah Perubahan secara dalam talian, baru-baru ini.

UUM ONLINE: Bagi meningkatkan pemahaman mengenai falsafah perubahan serta membincangkan kepentingan falsafah dalam perubahan sosial, ekonomi dan budaya, “Wacana Suluh Falsafah: Falsafah Perubahan” telah diadakan secara dalam talian, baru-baru ini.

Wacana anjuran Unit Pengajian Islam dan Falsafah (UPIF), Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP) itu menampilkan Profesor UPIF, Prof. Dr. Munif Zarirruddin Fikri Nordin bersama moderator, Dr. Khairiah Mohd Yassin, Penyelaras Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban.

Wacana dimulakan dengan pembentangan oleh Dr. Munif yang membahaskan tentang kepentingan dan aplikasi falsafah dalam mengurus dan memahami perubahan dalam kehidupan.

Sesi soal jawab yang interaktif juga diadakan membolehkan peserta untuk mengajukan soalan dan mendalami topik yang dibincangkan.

Maklum balas dari peserta sangat positif, dengan ramai yang menyatakan bahawa mereka mendapat perspektif baru dan mendalam mengenai falsafah perubahan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button