Campus

Majlis Apresiasi SoG rai staf cemerlang

SINTOK – Manis dan segak berbusana melayu, seramai 70 staf Pusat Pengajian Kerajaan (SoG) diraikan pada Majlis Apresiasi SoG (MAS2024) yang cukup istimewa, berlangsung di EDC-UUM baru-baru ini.

Majlis bertemakan ‘Klasik Tradisional’ ini  menyaksikan 25 kategori anugerah yang disampaikan.

Dekan Pusat Pengajian Kerajaan, Prof. Madya Sr. Dr. Mohamad Sukeri Khalid berkata, majlis ini diadakan sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada warga SoG yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dan jasa bakti yang amat bermakna.

“Pengiktirafan SoG kepada staf yang diraikan ini berdasarkan kepada mutu dan kualiti perkhidmatan cemerlang dalam memikul tanggungjawab yang diamanahkan.

“Penganugerahan ini bertujuan menggalakkan warga kerja SoG untuk terus memberikan komitmen dan daya usaha dalam mempertingkatkan mutu kerja dan produktiviti bagi memacu pembangunan serta kejayaan SoG dan UUM,” ucapnya ketika merasmikan majlis.

Beliau menyeru warga SoG terus komited, berdedikasi, ikhlas serta memiliki integriti yang tinggi sewaktu menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.

Beliau yang mewakili seluruh warga SoG mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima serta berharap kejayaan ini menjadi satu contoh yang baik selain menyuntik semangat kepada staf yang lain.

Hadir sama, Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan yang turut menyampaikan anugerah kepada pemenang di samping menyantuni staf.

Menambah seri majlis, hadirin disajikan dengan persembahan tarian dan nyanyian tradisional dari pensyarah dan penampilan istimewa daripada Pengarah Pusat Budaya, Dr. Mohd Azhar Abu Bakar.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button