Sambutan Maulidur Rasul UUM semarakkan semangat membangun ummah Madani
Gambar oleh: Unit Fotografi UUM
SINTOK, 16 Oktober 2025: Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Universiti Utara Malaysia (UUM) 2025M/1447H yang diadakan di Masjid Sultan Badlishah hari ini menyerlahkan semangat kecintaan warga universiti terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta komitmen untuk membina Ummah Madani yang berilmu, berakhlak dan berpaksikan nilai Islam.
Naib Canselor UUM, Profesor Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan, dalam ucapannya berkata, sambutan Maulidur Rasul bukan sekadar memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW, sebaliknya menjadi wadah untuk menghayati sirah dan perjuangan Baginda dalam membina masyarakat madani berteraskan iman, ilmu dan amal.
“Rasulullah SAW merupakan teladan terbaik dalam membentuk masyarakat madani, berasaskan kasih sayang, keadilan, tanggungjawab dan perpaduan. Keperibadian Baginda sebagai pemimpin, pendidik dan insan mulia wajar dijadikan panduan dalam kepimpinan, pendidikan dan pembangunan masyarakat hari ini,” ujar beliau.
Beliau menambah, tema sambutan tahun ini iaitu “Membangun Ummah Madani” amat bertepatan dengan aspirasi universiti untuk melahirkan graduan yang seimbang dari aspek rohani dan intelektual serta mampu menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.
Majlis turut diserikan dengan ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Mufti Negeri Kedah Darul Aman, Dato’ Paduka (Dr.) Syeikh Fadzil Haji Awang, bertajuk “Meneladani Rasulullah Asas Masyarakat Madani”.
Majlis yang penuh keberkatan itu turut diserikan dengan perarakan Maulidur Rasul melibatkan 33 kontinjen terdiri daripada staf dan pelajar pelbagai pusat tanggungjawab di universiti.
Berikut senarai pemenang bagi kategori staf dan pelajar.
Sepanduk Perarakan Selawat Terbaik
Kategori staf
Johan: UUM Information Technology (UUMIT)
Naib Johan: Canselori
Ketiga: Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Infrastruktur (JPPI)
Kategori pelajar
Johan: Inasis MISC
Naib Johan: Inasis Sime Darby
Ketiga: Inasis MAS
Keempat: Inasis YAB
Kelima: Inasis Tradewinds
Kontinjen Perarakan Selawat Terbaik
Kategori staf
Johan: Bendahari
Naib Johan: Jabatan Sumber Manusia (JSM)
Ketiga: UUM COLGIS
Kategori pelajar
Johan: Inasis Bank Rakyat
Naib Johan: Inasis MISC
Ketiga: Inasis SME Bank
Keempat: Inasis BSN
Kelima: Inasis Bank Islam
Anugerah Harapan: Pusat Perkembangan Kanak-kanak Tunku Puteri Intan Safinaz.