CampusEducation

Jangan tinggalkan waris dalam sengketa: Panduan pengurusan harta secara islam

Berita dan gambar oleh: Muhammad Nazmi Bin Abdullah Thani

SINTOK, 23 Jun 2026: Islamic Wealth Management & Professional Training Institute (I-Wealth), Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan webinar bertajuk “Jangan Tinggalkan Waris Dalam Sengketa: Panduan Pengurusan Harta Secara Islam” secara dalam talian melalui platform WebEx.

Webinar ini disampaikan oleh Pn. Hajah Dr. Roshidah Osman, seorang pakar dalam bidang perancangan harta Islam yang berkongsi pengetahuan berkaitan kepentingan pengurusan harta, instrumen perancangan harta Islam serta isu-isu semasa berkaitan harta pusaka dan pewarisan.

Sepanjang program, peserta didedahkan kepada konsep dan aplikasi instrumen perancangan harta Islam seperti hibah, wasiat, amanah dan faraid sebagai kaedah untuk memastikan pengagihan harta dilaksanakan mengikut syariah.

Penceramah turut menjelaskan langkah-langkah perancangan harta yang sistematik bagi mengelakkan pertikaian dalam kalangan waris serta menekankan kepentingan tindakan awal dalam menguruskan harta demi menjaga kebajikan ahli keluarga pada masa hadapan.

Program ini berjaya meningkatkan pengetahuan dan kesedaran peserta mengenai pengurusan harta secara Islam serta memberikan pemahaman yang lebih jelas tentang isu-isu berkaitan pewarisan dan harta pusaka.

Di samping itu, penganjuran webinar ini turut mengukuhkan peranan IBS UUM sebagai pusat penyebaran ilmu dan rujukan dalam bidang kewangan Islam serta perancangan harta melalui penglibatan pakar industri yang berpengalaman dan berwibawa.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button