Campus

Kerjasama dalam penyelidikan, tingkat kualiti

SINTOK – Kunjungan hormat Co-opbank Pertama (CBP) ke Institut Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (CEDI), Universiti Utara Malaysia (UUM) membuka peluang kerjasama strategik dalam aspek penyelidikan bagi meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan.

Delegasi CBP yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Khairil Anuar  Mohamad Anuar disambut oleh Pengarah CEDI, Prof. Madya Dr. Shazida Jan Mohd Khan diiringi oleh barisan penyelidik.

Shazida berkata, kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan potensi kerjasama strategik dalam aspek penyelidikan yang dapat meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan kedua-dua pihak.

“Kedua-dua pihak membincangkan pelbagai inisiatif penyelidikan yang boleh dijalankan bersama terutamanya dalam bidang perbankan, kewangan koperasi,   inovasi produk serta kepentingan penyelidikan dalam memacu kemajuan dan daya saing.

“Kerjasama ini bukan sahaja akan memberi manfaat kepada CBP, tetapi juga kepada pelajar dan penyelidik di UUM dalam memperolehi pengalaman praktikal,” ujarnya.

Sementara itu, Khairil Anuar berkata, CBP sangat menghargai potensi kerjasama ini dan optimis dengan penglibatan akademik, mereka dapat memperbaiki dan memperbaharui produk serta perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan.

Beliau juga mencadangkan beberapa projek penyelidikan yang berpotensi, termasuk analisis tingkah laku pelanggan dan teknologi kewangan.

Menerusi kerjasama ini, kedua-dua pihak berharap dapat menjalin hubungan yang lebih erat dan memberi impak positif kepada industri kewangan serta pendidikan tinggi di Malaysia.

Kunjungan ini diakhiri dengan sesi pertukaran cenderamata sebagai simbolik permulaan kerjasama antara UUM dan CBP.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button