Campus

Bengkel intensif penerbitan artikel systematic literature review (SLR)

Berita dan gambar oleh Dr. Norasyikin Mohaiyuddin

SINTOK, 10 Oktober 2025: Seramai 15 orang pensyarah dari School of Education (SOE), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menyertai Bengkel Intensif Penerbitan Artikel Systematic Literature Review (SLR) yang dianjurkan bagi memperkukuh budaya penerbitan ilmiah dalam kalangan staf akademik.

Program ini selaras dengan usaha universiti dalam menyokong agenda strategik serta memperkukuh jalinan kerjasama akademik melalui pemerkasaan Indeks Prestasi Utama (KPI) teras universiti.

Bengkel ini bertujuan meningkatkan penglibatan staf akademik SOE dalam aktiviti penerbitan ilmiah serta menambah hasil penerbitan Pusat Pengajian Pendidikan dan universiti secara keseluruhan.

Melalui bimbingan intensif ini, para peserta berpeluang memahami pendekatan SLR secara menyeluruh bermula daripada proses pencarian artikel, analisis tema hinggalah kepada penulisan artikel yang berpotensi diterbitkan dalam jurnal berindeks Scopus.

Penganjuran bengkel ini diharap dapat memperkukuh ekosistem penyelidikan dan penerbitan di SOE serta menjadi platform untuk melahirkan lebih ramai penyelidik produktif yang menyumbang kepada reputasi universiti di peringkat nasional dan antarabangsa.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button