Campus

Ahmad Mujahid dinaikkan pangkat ke Gred N-14 (memangku))

Gambar oleh Shamsaimi Ezil

SINTOK, 11 September 2025: Pengarah Pusat Penginapan Pelajar (SAC) Universiti Utara Malaysia (UUM), Ahmad Mujahid Abd. Ghani telah dinaikkan pangkat ke Gred N-14 (memangku).

Watikah kenaikan pangkat disampaikan oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan dalam bilik mesyuaratnya, pagi tadi.

Ahmad Mujahid menzahirkan harapan agar dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik pada masa hadapan serta menghargai sokongan dan tunjuk ajar daripada pelbagai pihak sepanjang perkhidmatannya.

Selain itu, Madihah Mohamed Ibrahim dari Pusat Islam yang dinaikkan pangkat ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N-12 (memangku) turut menghargai sokongan berterusan daripada keluarga, rakan sekerja serta barisan kepimpinan universiti yang sentiasa memberi peluang dan dorongan untuk peningkatan kerjaya.

Turut menerima kenaikan pangkat ke Gred N-12 (pemangkuan) ialah Noraini @ Noorfizani Ti Haji Hussein dari Pusat Asasi Pengurusan, Azizan Ismail @ Ariffin dari UUM Press N-12 (memangku) dan Azizi Arif dari Jabatan Komunikasi Korporat sebagai Pereka Gred B-12 (memangku) .

Sambil mengucapkan syabas dan tahniah, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad berharap semua pegawai tadbir yang dinaikkan pangkat terus komited, berintegriti serta bersemangat tinggi dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab demi kecemerlangan universiti.

Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Pendaftar, Azahari Azmi.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button