Campus

Alumni ANSARA Pioneer Batch Matrik UUM 85/87 terus sokong agenda wakaf UUM

Gambar oleh Pusat Zakat UUM

AMPANG, 13 Oktober 2025: Pusat Zakat dan Wakaf (PZW) Universiti Utara Malaysia (UUM) terus memperkukuh jalinan dengan alumni apabila Pengarahnya, Dr. Mohamad Zulkurnai Ghazali, mengadakan pertemuan bersama Encik Mohd Nizuaisham Mohd Sanif, wakil penyumbang bagi Dana Wakaf Alumni Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia (ANSARA) Pioneer Batch Matrik Universiti Utara Malaysia (UUM) 1985/87, di Rumbia Coffee House, De Palma Hotel, Ampang.

Pertemuan ini memberi peluang kepada kedua-dua pihak membincangkan pelaksanaan serta pengurusan sumbangan wakaf alumni dengan lebih sistematik agar manfaatnya dapat disalurkan secara berterusan bagi menyokong kebajikan dan pembangunan pelajar UUM.

Menurut Dr. Mohamad Zulkurnai, komitmen dan keprihatinan Alumni ANSARA Pioneer Batch Matrik UUM 1985/87 jelas menunjukkan sokongan padu terhadap usaha memperkasakan wakaf pendidikan universiti.

“Kerjasama ini membuktikan semangat kebersamaan dan tanggungjawab sosial alumni dalam menjayakan agenda wakaf pendidikan UUM,” katanya.

PZW UUM akan terus memperluas kerjasama strategik bersama alumni dan rakan korporat bagi memperkukuh ekosistem wakaf universiti yang lestari serta memberi manfaat berterusan kepada komuniti kampus dan masyarakat. – Aini Bahrum

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button