Delegasi IPG Kampus Tuanku Bainun lawat UUM
Berita dan gambar Noor Asnida Dawari
SINTOK, 15 Februari 2026: Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini menjadi lokasi Program Serantau Pengurusan Sukan yang dianjurkan oleh Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tuanku Bainun Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Program ini melibatkan 51 pelajar Major dan Elektif Pendidikan Jasmani serta beberapa orang pegawai pengiring dari Unit Kokurikulum IPG Kampus Tuanku Bainun.
Ketua rombongan, Dr. Rohaya Ahmad berkata, tujuan program ini adalah untuk melengkapkan sebahagian daripada keperluan kursus Pengurusan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Pusat Kokurikulum UUM atas kerjasama yang diberikan.

Delegasi disambut oleh Penolong Pengarah Pusat Kokurikulum, Halim Md Yatim yang mengalu-alukan kehadiran delegasi IPG dan menyatakan bahawa Pusat Kokurikulum UUM sentiasa bersedia berkolaborasi untuk program-program pembangunan pelajar.
Selain mengikuti program, peserta juga dibawa melawat beberapa tempat utama di UUM termasuk Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Muzium Pengurusan UUM, U-Assist UUM, Taman Rusa dan Burung Unta serta Varsity Mall.



