Campus

Ihya’ Ramadan Pusat Zakat dan Wakaf UUM semarakkan amalan kebajikan

Gambar Nur Syahirah Sahabudin

SINTOK, 9 Mac 2026: Pusat Zakat dan Wakaf (PZW), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan Program Ihya’ Ramadan hari ini sebagai salah satu inisiatif untuk menyemarakkan penghayatan bulan Ramadan melalui aktiviti kebajikan dan khidmat kepada masyarakat.

Pengarahnya, Dr. Mohamad Zulkurnai Ghazali berkata, program tersebut dimulakan dengan aktiviti penyediaan bubur lambuk yang dilaksanakan secara gotong-royong oleh kakitangan Pusat Zakat dan Wakaf UUM.

Menurutnya, aktiviti ini bukan sahaja mencerminkan semangat kerjasama dalam kalangan warga PZW, malah menjadi platform untuk menyemai nilai keprihatinan dan semangat berkongsi rezeki sempena bulan yang penuh keberkatan ini.

Bubur lambuk yang telah disediakan kemudiannya diagihkan kepada sebahagian warga kampus, warga emas dari Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Langkasuka (PEWARIS) Kubang Pasu, staf di Pusat Koreksional Perlis serta Rumah Kanak-Kanak Arau sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan.

Penganjuran program ini merupakan sebahagian daripada usaha Pusat Zakat dan Wakaf UUM dalam mengimarahkan bulan Ramadan melalui aktiviti kebajikan, di samping memperkukuhkan hubungan antara universiti dan komuniti setempat.

Melalui program seumpama ini juga, PZW UUM berharap dapat terus menyemai nilai kesukarelawanan, keprihatinan sosial serta memperluas manfaat kepada masyarakat selaras dengan aspirasi universiti dalam melaksanakan tanggungjawab sosial kepada komuniti. – Hasniza Norsazali

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button